Malaysia Dan China Komited Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Pertanian

PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2023 – Hubungan baik antara Malaysia dan China akan terus diperkukuh khususnya dalam bidang pertanian. Perkara ini dizahirkan oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) selepas menerima kunjungan hormat daripada TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia pada 17 Januari 2023 di Putrajaya.

Pertemuan ini adalah merupakan pertemuan pertama antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia yang bertujuan bagi membincangkan cadangan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian antara kedua-dua negara. Antaranya, kerjasama dalam pertanian moden dan penyelidikan pertanian. China bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam polisi berkaitan pembasmian kemiskinan melalui program pertanian, mewujudkan pasaran komoditi dan rantaian nilai makanan yang mampan serta penggunaan pertanian pintar dalam pengeluaran bijirin.

Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan. Malaysia berharap agar China akan terus berkongsi kejayaan dengan rakan-rakan dagang bagi mencapai kemakmuran bersama, terutamanya dalam bidang pertanian.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MAFS dan pegawai-pegawai kanan MAFS serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan wakil-wakil Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

The post Malaysia Dan China Komited Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Pertanian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*