Kapal Tangki Singapura Dilapor Dinaiki Individu Tak Dikenali

Kapal Tangki Singapura

Kapal Tangki Singapura Dilapor Dinaiki Individu Tak Dikenali

SINGAPURA — Sebuah kapal tangki minyak berdaftar milik Singapura dipercayai dinaiki oleh indivdu tidak dikenali, lapor AFP.

Difahamkan, kapal dikenali sebagai Success 9 itu dikesan sekitar 550 kilometer (30o batu nautika) dari Pantai Gading Afrika.

Menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), seramai 20 anak kapal dari pelbagai negara berada di dalam Success 9 sewaktu berlepas di Teluk Guinea pada Isnin lalu.

BACA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Kemungkinan Perbuatan Lanun

Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan Lanun di kawasan berkenaan.

Kapal tersebut dilaporkan melalui laluan utama perkapalan yang meliputi 5,700 kilometer Senegal ke Angola. Difahamkan, kawasan berkenaan menjadi titik panas serangan dari kumpulan lanun Nigeria.

MPA dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pihaknya sedang bekerjsama rapat dengan pemilik kapal, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovi, Pemerintah Chang, dan Pusat Gabungan Maklumat Pusat Kawalan bagi memantau keadaan.

Ia juga bagi memastikan bantuan yang diperlukan dapat disegerakan.

Sehingga kini, masih tiada maklumat lanjut berhubung kapal tangki berkenaan.

Serangan Lanun

Sejak 2021, pelayar melaporkan lanun-lanun sering melakukan serang hendap di perairan antarabangsa yang lebih jauh.

Taktik licik dan keganasan yang dilakukan oleh lanun-lanun itu mendorong rayuan pengawasan tentera laut dilaksanakan. Ia bertujuan membasmi jenayah tersebut seperti serangan lanun Somalia sejak sedekad lalu.

Menurut jurucakap Pusat pelaporan lanun Biro Maritim Antarabangsa, Noel Choong memberitahu AFP, serangan di kawasan Teluk Guinea semakin membimbangkan.

BACA JUGA: Sejarah Hitam Penerbangan Malaysia, Genap 45 Tahun Tragedi Pesawat MH653 Terhempas Di Tanjung Kupang

“Serangan lanun semakin meningkat di Teluk Guinea. Kami berharap lebih banyak pengawasan dari kapal perang dan helikopter antarabangsa dilakukan di kawasan tersebut,” jelasnya kepada AFP hari ini.

Pada Mac lalu, sebuah kapal tangki minyak Denmark Congo telah dirampas oleh sekumpulan lanun. Susulan rampasan kapal itu, seramai enam anak kapal telah diculik sebelum kapal berkenaan ditinggalkan.

Sumber: AFP 

The post Kapal Tangki Singapura Dilapor Dinaiki Individu Tak Dikenali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*