Ini Cara Betul Cuci Rambut Macam Di Salon

cara betul cuci rambut

Ini Cara Betul Cuci Rambut Macam Di Salon

Jika kita perasan, terdapat perbezaan antara hasil cucian rambut di rumah dengan di salon rambut. Hasil cucian rambut yang dilakukan oleh pendandan rambut profesional biasanya akan rasa kurang berminyak dan mudah disikat.

Antara faktornya mungkin jenis produk yang digunakan salon lebih berkualiti dan mampu meninggalkan kesan yang lebih baik kepada rambut.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menggunakan syampu seperti di salon tetapi masih tidak dapat mencapai hasil yang sama.

Rupanya, di sebalik hasil basuhan rambut yang mantap, para pendandan rambut telah menggunakan trik ini untuk membasuh rambut pelanggannya.

Menurut seorang pendandan rambut di TikTok, Rachel Valentine (rachelvalentinehair) telah berkongsi cara untuk cuci rambut secara profesional ala-ala di salon menerusi salah satu videonya di TikTok.

Sebagai seorang pendandan rambut dan kini menjalani latihan sebagai pakar rambut dan kulit kepala (trikologi), Valentine sering menerima soalan berkenaan penjagaan rambut.

Cara betul cuci rambut

Antara soalan yang popular adalah ‘bagaimanakah cara untuk membasuh rambut dengan betul?’. Sehubungan itu, wanita tersebut telah mendedikasikan satu video berdurasi satu minit 52 saat untuk menunjukkan cara membasuh rambut seperti di salon.

1. Basahkan rambut

Mula-mula sekali, basahkan rambut dengan menggunakan air. Pastikan keseluruhan rambut dibasahkan dengan menyelak bahagian rambut yang masih belum dibasahi air.

Hal ini adalah untuk memastikan air dapat sampai ke permukaan kulit kepala. Ini dapat membantu syampu untuk sampai ke permukaan kulit kepala.

basuh rambut macam dekat salon
Kredit: TikTok

2. Tuangkan dan letakkan syampu pada bahagian kepala

Selepas keseluruhan kepala dibasahi air, tuangkan syampu pada bahagian telapak tangan dalam jumlah yang mencukupi. Sebelum meletakkannya pada rambut, ratakan syampu pada bahagian telapak tangan.

Cara ini dapat membantu produk untuk sampai ke keseluruhan kulit kepala bagi membersihkannya secara efektif dan efisien. Anda juga perlu meratakan produk ke seluruh bahagian kepala sebelum memulakan langkah seterusnya.

3. Urut bahagian kepala

Setelah syampu telah diratakan di keseluruhan kepala, gunakan hujung jari anda untuk mengurut-urut bahagian ubun dengan mengenakan tekanan yang memadai.

Urutan ini dapat membantu dalam menyingkirkan kotoran seperti minyak dalam kulit kepala kering daripada terperangkap di permukaan kulit kepala.

Lakukan urutan ini selama satu minit, bergantung pada ketebalan rambut anda.

cuci rambut macam dekat salon
Kredit: TikTok

Dalam video tersebut, Valentine mengingatkan pengikutnya bahawa anda tidak perlu untuk mengurut bahagian hujung rambut sekali.

Hal ini kerana, syampu hanya diformulasi untuk kegunaan pada kulit kepala sahaja. Maka, syampu sebenarnya tidak perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak.

4. Bilas dan buat basuhan kali kedua

Kemudian, bilas rambut anda dengan menggunakan air. Ketika membilas rambut dan permukaan kepala daripada syampu, anda digalakkan untuk mengurut kepada anda bagi mempercepatkan proses bilasan.

basuh rambut macam dekat salon
Kredit: TikTok

Selepas itu, basuh sekali rambut anda seperti dalam langkah (2) dan (3) serta membilasnya dengan air sehingga diyakini bersih.

5. Keringkan rambut sedikit sebelum meletakkan produk lain

Jika rambut anda panjang, perahkan kandungan air yang terdapat pada rambut yang dibilas tadi. Seterusnya, gunakan tuala untuk mengurangkan kandungan air pada rambut anda.

cuci rambut macam dekat salon
Kredit: TikTok

Apabila rambut anda mengandungi kurang kandungan air, gunakan perapi ataupun produk rambut lain seperti ‘hair mask’ pada rambut anda.

Berbeza dengan syampu, perapi perlu diratakan pada bahagian rambut sehingga hujung rambut dan tidak perlu diratakan sehingga bahagian kulit kepala.

Semasa menyapukan perapi pada rambut yang lembab, gunakan jari untuk menyisir rambut anda selama seminit. Ini dapat memudahkan rambut anda untuk disikat selepas kering.

Masa yang digunakan untuk membilas perapi lebih lama berbanding membilas syampu. Pastikan rambut betul-betul bersih sebelum dikeringkan.

Jika nak faham dengan lebih jelas, mari tonton video di bawah ini. Semoga bermanfaat.

@rachelvalentinehair

Follow these hair wash steps and your hair will be just like when you leave the salon ! #haircareroutine #howtowashyourhair #greasyhairtips

♬ original sound – Rachel Valentine

BACA: Apakah Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Ketika Cuaca Panas?

Sumber: Rachel Valentine Hair via TikTok

The post Ini Cara Betul Cuci Rambut Macam Di Salon appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*