Terselamat Dari Gempa, Keluarga Maut Dalam Kebakaran

keluarga maut terbakar selepas terselamat gempa bumi turkiye

Terselamat Dari Gempa, Keluarga Maut Dalam Kebakaran

Sebuah keluarga asal Syria dilapor maut dalam kebakaran di rumah yang baru diduduki mereka, selepas terselamat dari bencana gempa bumi Turkiye sebelum ini.

Mangsa yang maut merupakan ibu dan ayah serta lima adik beradik. Menurut laporan Anadolu Agency, lima beradik yang maut berusia diantara empat hingga 13 tahun.

Difahamkan, keluarga berkenaan berpindah ke Konya daripada Nurdagi di Tengah Turkiye. Mereka berpindah untuk menetap sementara bersama saudara selepas kawasan kediaman asal musnah dalam tragedi gempa bumi kuat itu.

Terselamat dari gempa, keluarga maut dalam kebakaran

“Kami melihat kebakaran itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Seorang kanak-kanak perempuan berjaya menyelamatkan diri melalui tingkap,” kata penduduk tempatan, Muhsin Cakir kepada Anadolu.

Sebanyak 11 wilayah Turkiye dilanda gempa bumi dan kira-kira 5,000 gegaran susulan turut berlaku di negara tersebut.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kawasan-kawasan yang terjejas merupakan tempat tinggal kepada lebih dari 1.74 juta perlarian.

Daripada jumlah berkenaan, hampir empat juta pelarian merupakan warga Syria yang menetap di beberapa kawasan, khususnya di Istanbul.

Terdahulu, gempa bumi kuat yang melanda beberapa wilayah di Turkiye-Syria dua minggu lepas sudah pun meragut lebih 47,000 nyawa setakat ini. Gempa yang sama juga menyebabkan ratusan ribu buah bangunan dan kediaman musnah.

Manakala semalam, ketika usaha mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sedang giat dijalankan, Turkiye sekali lagi dilanda dua gempa bumi.

Menerusi laporan Anadolu Agency, gempa berkekuatan 6.4 dan 5.8 magnitud itu melanda wilayah selatan Turkiye, kira-kira 8 malam semalam (waktu tempatan).

Sekurang-kurangnya tiga dilapor maut dan 200 lagi cedera dalam insiden gempa baharu tersebut.

Lelaki Ditemui Hidup Dalam Runtuhan Selepas 12 Hari

Pasukan penyelamat berjaya menemui seorang lelaki yang masih hidup selepas 12 hari terperangkap dalam runtuhan gempa bumi di Turkiye.

Hakan Yasinoğlu, ditemui di bawah runtuhan di wilayah Hatay, kira-kira 278 jam selepas gempa melanda negara itu dua minggu lepas.

Mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum itu, pasukan penyelamat turut menemui seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, dua lelaki dewasa dan seorang ibu masih hidup di bawah runtuhan.

Remaja berkenaan, Osman diselamatkan kira-kira 260 jam selepas gempa melanda negara itu, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca di Twitter.

BACA: Lelaki Ditemui Hidup Dalam Runtuhan Selepas 12 Hari

Sumber: NDTV

The post Terselamat Dari Gempa, Keluarga Maut Dalam Kebakaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*