Kereta Terbang Pertama Dapat Kelulusan FAA Dilancar

kereta terbang kelulusan faa

Kereta Terbang Pertama Dapat Kelulusan FAA Dilancar

Amerika Syarikat — Sebuah syarikat automotif dan penerbangan, Alef Aeronautics baru sahaja melancarkan kereta elektrik yang bernilai lebih $300,000.

Memetik laporan Businesss Insider, kereta tersebut baru sahaja mendapat kelulusan (lesen) dalam ujian di atas jalan raya dan penerbangan di udara.

Syarikat pembuat kereta yang berpengkalan di California itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat Sijil Kelayakan Udara Khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk Model A.

“Ia adalah kelulusan pertama untuk kereta berkemampuan melakukan penerbangan. Ia juga telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat seperti SpaceX.

Ketua Pegawai Eksekutif Alef, Jim Dukhovny berkata, kenderaan itu dapat membawa orang ramai dalam masa yang lebih singkat.

Kereta Elektrik Terbang
Gambar: Alef Aeronautics

“Ia membolehkan kami bergerak lebih dekat untuk membawa orang ramai dalam perjalanan yang mesra alam dan lebih pantas. Selain itu, model ini juga boleh menjimatkan masa individu dan syarikat setiap minggu.

“Pendekatan ini merupakan satu langkah kecil dalam bidang kapal terbang, namun besar untuk industri automotif,” katanya.

Walau bagaimanapun, lokasi dan tujuan kebenaran penerbangan kenderaan tersebut terikat dengan sekatan yang dilakukan oleh FAA. Hal ini berikutan, perkembangan keupayaan kereta terbang belum pernah dijalankan sebelum ini.

Bakal Jadi Kereta Elektrik Terbang Pertama

Tambah Jim, syarikat itu menyasarkan untuk menghasilkan kereta terbang pertama dengan kedua-dua ciri itu.

Reka bentuknya juga disesuaikan dengan infrastruktur bandar sedia ada untuk memudahkan proses pemanduan.

BACA JUGA: Kereta Terbang Lulus Ujian Keselamatan, Bakal Jadi ‘Perkara Biasa’ Mulai Tahun Depan

Katanya, model ini mampu membawa dua orang. Kenderaan ini dijangka diberikan kebenaran untuk bergerak dalam jarak keluasan jalan raya 200 batu (321 kilometer) dan jarak terbang 110 batu (177 km).

Gambar: Alef Aeronautics

Pembelian Model A

Pada Januari lalu, pembeli yang berminat boleh membayar $150(RM700) untuk deposit seperti biasa atau $1,500 (RM7,000) untuk mendapat keutamaan dalam proses penghantaran dibuka.

Sehingga kini, kira-kira 440 orang telah membayar deposit dalam tiga bulan terakhir 2022, maklum Jim lagi.

Sementara itu, beliau pada Disember tahun lalu menjelaskan bahawa pelanggan boleh mengharapkan untuk melihat kereta mereka di langit menjelang 2025

Untuk pengetahuan, Alef bukanlah satu-satunya syarikat kereta terbang yang berusaha dalam alternatif baharu itu sejak kebelakangan ini.

Pada hari Rabu, saham dalam syarikat teksi terbang Joby Aviation melonjak 44 peratus selepas ia juga menerima Sijil Kelayakan Penerbangan Khas daripada FAA.

Sumber Business Insider 

The post Kereta Terbang Pertama Dapat Kelulusan FAA Dilancar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*