(Video) Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Seorang lelaki berkongsi pengalaman menakutkan namun lucu semasa menggunakan tandas awam di Indonesia apabila terdapat tangan ‘misteri’ yang muncul di bawah pintu semasa dia sedang membuang air besar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram @parodireceh.id, lelaki itu pada mulanya panik apabila melihat terdapat tangan tiba-tiba muncul di bawah pintu.

Pada mulanya dia menyangka ada individu yang cuba mengintai ke dalam atau cuba membuka pintu.

Namun rupa-rupanya, ia merupakan tangan seorang pencuci tandas yang ingin mengelap batang besi pintu tandas tersebut.

“Akan ku bersihkan setiap sudut tandas meskipun ada yang tertutup atau terkunci,” tulis kapsyen video tersebut.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi lucu pengguna media sosial yang dalam masa sama mempertikaikan tindakan pencuci tandas itu.

“Harap bersabar dahulu sehingga pengguna keluar tandas jika mahu menjalankan tugasan sekali pun,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

BACA: Seorang lelaki dipatuk ketika cuba cium ular

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PARODIRECEH.ID (@parodireceh.id)

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*