Ketahui Kelebihan Pesawat Tempur SU-30MKM & SU-35S Serta Teknik ‘Maneuvers Cobra’ Yang Mampu Dilakukan

SU-30MKM & SU-35S

Ketahui Kelebihan Pesawat Tempur SU-30MKM & SU-35S Serta Teknik ‘Maneuvers Cobra’ Yang Mampu Dilakukan

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang telah membuka tirai pada 23 Mei lalu telah menyaksikan penyertaan yang luar biasa daripada pelbagai negara.

Edisi kali ini telah melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia (Sektor Pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (Sektor Komersial).

Pameran kali ini melibatkan lebih 600 syarikat daripada sektor pertahanan dan keselamatan daripada 60 negara yang mengambil bahagian.

Antara negara yang turut menyertai LIMA 23 pada kali ini ialah Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Singapura, Itali dan banyak lagi.

Bagi pameran berkaitan Aeroangkasa, ia akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Manakala segmen Maritim akan diadakan di Resort World Langkawi (RWL).

Acara dwitahunan yang bermula pada 23 Mei lalu ini telah menarik ramai peminat pesawat tentera dari dalam mahupun luar negara.

Aksi yang paling dinantikan oleh peminat sudah tentulah bagi aksi pameran aeroangkasa yang menjadi tarikan utama acara itu.

Namun penulisan artikel SK pada hari ini akan berkongsikan berkenaan satu aksi yang dinama ‘maneuvers cobra’ yang dilakukan oleh SU-30MKM dan SU-35S.

SU-30MK dan SU-35S

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pernah membeli pesawat tempur blok Barat dan Timur. Pada masa ini, angkatan tentera kita dilengkapi dengan MIG-29, F/A-18D, Hawk, MB-339C, dan Sukhoi SU-30MKM.

SU-30MKM mempunyai kerangka udara dan enjin yang sama dengan kawalan vektor tujahan (TVC), dan sistem fly-by-wire digital termaju seperti SU-30MKI India.

Untuk makluman, TUDM kini mempunyai sebanyak 18 pesawat SU-30MKM sedia tempur di pangkalan pantai timur laut di Pangkalan Udara Gong Kedak. Dengan keupayaan jarak jauh SU-30MKM, sekarang kita tahu mengapa Malaysia memilih pesawat jenis ini untuk berada dalam skuad.

Pesawat itu juga dilengkapi dengan skim penyamaran pesawat dan datang dengan warna kelabu sebagai warna utamanya.

Kredit Marlusz

Kesemua 18 pesawat milik TUDM memiliki skema penyamaran yang sama dengan nombor bord 1-18 yang berbeza.

Sementara itu, Su-35 merupakan generasi ke-4 atau 4.5 dibina berdasarkan kualiti yang kukuh daripada barisan pesawat Su-27. Ia mengekalkan kehebatan ‘udara ke udara’ sambil menggabungkan ciri-ciri serangan darat yang canggih.

Su-35 ‘dilahirkan’ daripada siri Su-27M, namun penetapannya telah diubah kepada Su-35 yang dimuktamadkan muncul pada tahun 1993. 10 jumlah prototaip Su-35 kemudiannya dibina, empat adalah penukaran daripada Su-27M yang sedia ada.

Kredit Facebook

Su-35 berbeza daripada Su-27 yang asal dalam keupayaan secara kepelbagaian, avionik yang moden, ketahanan jarak jauh, penularan vektor dan enjin NPO Saturn 1175 serta kualiti aerodinamik yang diperbaharui.

Penerbangan pertama direkodkan pada Jun 1998 dan selepas tempoh ujian yang panjang, ia secara rasmi memasuki fasa pengeluaran (in service) selepas diterima pakai oleh Tentera Udara Rusia sebagai Su-35S pada 2010.

Su-35S mempunyai kelajuan tertinggi Mach 2.25 pada ketinggian, kira-kira 1,500 batu sejam dan jarak. Penggunaan bahan api dalaman pula adalah sehingga 1,900 batu nautika manakala Su-35S boleh mengangkut sekitar 2,400 batu nautika.

Su-35S akan mempunyai keupayaan untuk beroperasi pada ketinggian 60,000 kaki di udara dan mempunyai kadar pendakian 55,1000 kaki seminit.

Taktikal sewaktu peperangan

Apabila beroperasi sebagai pakej pesawat, SU-30SM beroperasi sebagai pejuang darat manakala SU-35S pula sebagai pejuang penguasaan udara yang menyediakan perlindungan ke atas SU-30SM.

SU-35S akan kekal pada ketinggian dan menggunakan radar N135 Irbis-E yang berkuasa untuk memastikan ruang udara di kawasan operasi bersih daripada ancaman.

Pada Julai 2022, TASS seperti yang dipetik daripada seorang pegawai Rosoboronexport berkata, SU035 mampu menyeleraskan tindakan pesawat udara lain.

Dalam trek biasa semasa mod imbasan, radar Irbis-3 boleh mengimbas 120 darjah pada kedua-dua sisi dan mengesan sasaran 3m2 pada jarak 200km.

Taktikalnya mudah, SU-35S melindungi dari atas manakala SU-30SM turun ke ketinggian yang lebih rendah untuk memperoleh sasarannya secara visual. Ia kemudian menyerang dan memusnahkan pesawat musuh menggunakan KH-29 ASM.

Terdapat dua varian peluru berpandu yang digunakan pesawat tersebut iaitu KH-29-KH29L dan KH-29TE. Peluru berpandu KH-29TE dilengkapi dengan sistem bimbingan TV pasif, manakala KH-29L dengan sistem bimbingan laser separa aktif.

Selain itu, peluru berpandu itu juga dilengkapi dengan kepala peledak penembusan bahan letupan yang tinggi dan sensor sasaran kesan. Ia dikuasakan oleh enjin roket bahan api pepejal mod tunggal.

Panduan TV dan homing laser separa aktif boleh memberikan ketepatan titik peluru berpandu. Pencari optik KH-29 boleh dikunci pada sasaran sebelum ia dilepaskan. Setelah dikunci, pencari optik akan mengunci sasaran walaupun semasa ia bergerak.

Sewaktu SU-35S memberikan pelindungan, jika radar mengesan ancaman, pesawat itu akan menyerang musuh menggunakan peluru berpandu KH-31P miliknya.

SU-35S akan mengenal pasti sama ada itu ancaman atau tidak, jika disahkan sebagai musuh maka pesawat itu akan menembaknya menggunakan peluru berpandu.

Apa itu ‘maneuvers cobra’?

Walaupun terdapat jet pejuang seperti Saab Draken yang juga mampu melakukan Cobras, namun manuver itu hanya boleh diterbangkan oleh pesawat MiG-29 dan Su-29 sahaja.

Cobra Maneuvers yang juga dikenali sebagai Pugachev’s Cobra atau Pugachev Cobra adalah merupakan maneuver aerobatik yang sangat dramatik dan menakjubkan.

Kredit MIGFlug

Aksi itu memerlukan pesawat diterbangkan pada kelajuan sederhana secara tiba-tiba dan menaikkan muncungnya ke kedudukan menegak. Ia seterusnya menjatuhkan muncung kembali secara mendatar semasa penerbangan dilakukan.

Untuk mendapatkan Cobra yang cantik, pesawat perlu mencapai sudut serangan 90-120 darjah semasa aksi itu dilakukan.

Kredit Infinite Flight

Maneuver Cobra dinamakan sempena dengan nama juruterbang ujian Soviet iaitu Viktor Pugachyov. Beliau pertama kali melakukan maneuver Cobra secara terbuka pada tahun 1989 sewaktu pertunjukan udara di Paris Le Bourget.

Bagaimanapun, aksi itu tidak semua juruterbang mampu melakukannya dan salah seorang daripada juruterbang ujian Sukhoi, Igor Volk telah menjadi korban pertamanya.

Cobra klasik dilakukan hanya menggunakan kawalan aerodinamik standard, namun hari ini ia lebih mudah untuk dilakukan dengan kelengkapan Vector Thrust.

Aksi Cobra memerlukan enjin yang sangat kuat untuk mengekalkan ketinggian tetap sewaktu aksi itu dilakukan.

Aksi itu mempunyai beberapa kegunaan dalam pertempuran udara jarak dekat atau pertempuran udara.

Cobra boleh berguna apabila jet pejuang dikejar rapat oleh jet pejuang lawan, di mana aksi Cobra maneuver boleh dilakukan untuk merubah kedudukan pesawat.

Sebagai contoh, juruterbang melakukan aksi Cobra manuver ketika dikejar pesawat musuh. Kemudiannya memperlahankan pesawat agar membiarkan pesawat musuh memintas dan membiarkan ia mendahului.

Keadaan ini akan memberikan kelebihan kepada pesawat untuk memberikan serangan mengejut kepada pesawat musuh dari arah belakang.

Namun kelemahan bagi aksi ini ialah pesawat akan kehilangan kelajuannya dan menjadikan ia mudah terdedah kepada serangan musuh.

Aksi ini adalah gerakan yang sempurna untuk menunjukkan kemahiran juruterbang dan menunjukkan kestabilan sudut serangan tinggi (AOA) pesawat dan kuasa kawalan.

Pameran LIMA 23′ bakal berakhir pada hujung minggu ini, masih ada masa untuk anda hadir bawa anak-anak dan keluarga untuk melihat pameran yang hebat ini.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Sumber: BERNAMA, MIGFLUG, Infinite Flight, Airwingspotter, EurAsian Times Where2lifstylemagazine

The post Ketahui Kelebihan Pesawat Tempur SU-30MKM & SU-35S Serta Teknik ‘Maneuvers Cobra’ Yang Mampu Dilakukan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*