KPDNKSH cadang B40 & peniaga kecil guna sistem berkupon untuk beli minyak masak peket bersubsidi

Isu kekurangan bekalan minyak masak peket bersubsidi yang tidak berkesudahan mendorong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) bercadang memperkenalkan sistem kupon bagi golongan B40, peniaga kecil dan sederhana untuk membeli minyak peket bersubsidi.

Menteri KPDNKSH, Salahuddin Ayub berkata, cadangan itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada minggu depan.

Sekiranya cadangan itu dipersetujui, KPDNKSH akan meneliti dan mengemaskini data golongan berkenaan untuk menikmati sistem baharu itu.

“Melalui sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil persatuan pengilang, hari ini mereka turut bersetuju untuk mengekalkan 60,000 tan metrik minyak masak sebulan untuk peket bersubsidi satu kilogram.

“Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga telah membentangkan cadangan harga dua peringkat membabitkan harga jualan tempatan dan luar negara termasuk polisi dan mekanisma pelaksanaannya,” katanya.

Menurut Salahuddin, pihak kementeriannya juga mengambil maklum mengenai isu bekalan minyak masak yang masih berkurangan di pasaran. KPDNKSH katanya sedang meneliti masalah tersebut sama ada ia berlaku disebabkan ketirisan atau wujud penyalahgunaan oleh pihak tertentu.

BACA: Bangunan Kementerian Kewangan terbakar

Sumber: Harian Metro

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*