Kreatif, Pengantin Filipina Bawa Sejambak Bawang Ganti Bunga Tradisional

pengantin filipina bawa sejambak bawang

Kreatif, Pengantin Filipina Bawa Sejambak Bawang Ganti Bunga Tradisional

Seorang pengantin perempuan warga Filipina membuat kelainan di majlis perkahwinannya dengan menggantikan bunga tangan kepada sejambak bawang seberat kira-kira 4 kilogram (kg) semasa berjalan menuju ke pengantin lelaki, lapor Mothership.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai April Lyka Biorrey-Nobis berusia 28 tahun dari Bingawan, iloilo City itu pada mulanya ingin membawa dan memegang bunga tradisional, sebelum melihat sejambak bawang yang unik di media sosial.

Biorrey-Nobis kemudiannya mencadangkan idea baru itu kepada bakal suaminya dan memaklumkan kepada media Filipina iloilo Metropolitan Times bahawa bunga (lama-kelamaan) akan menjadi layu dan akhirnya dibuang.

Jadi, dia mahu menggunakan bawang sebagai jambangan bunga yang dipegang, di mana ia juga boleh dimakan selepas majlis perkahwinannya tamat.

Kredit: Facebook/RR production via Mothership

Agensi Berita Filipina melaporkan bahawa Biorrey-Nobbis memesan seguni bawang dalam talian daripada pembekal di La Union, yang tiba empat hari sebelum perkahwinan mereka.

Keputusan Biorrey-Nobis memilih sejambak bawang juga merupakan pilihan jimat yang dilakukan olehnya pada keadaan ekonomi ketika ini.

Sekiranya pasangan itu memilih bunga tradisional, mereka perlu mengeluarkan wang sebanyak RM1,170 namun sejambak bawang itu hanya berharga RM623 yang menjimatkan kira-kira separuh daripada jumlah yang diperuntukkan.

Pasangan terbabit tidak melakukan tradisi dengan melemparkan sejambak bunga atas sebab keselamatan, tetapi mereka memberikan bawang itu kepada tetamu selepas majlis perkahwinan mereka tamat.

“Selepas perkahwinan, bawang diberikan kepada atuk nenek dan juga bridesmaids kami supaya mereka mempunyai bawang sebagai cenderahati.

“Saya juga memberikan sejambak bawang itu kepada saudara-mara kami untuk kegunaan harian mereka,” kata Biorrey-Nobbis.

Difahamkan, harga bawang telah mencecah sehingga RM46 sekilogram di pasaran tempatan yang lebih tinggi daripada gaji harian minimum di Filipina.

Memetik The Guardian, pelbagai sebab yang mendorong kepada kenaikan harga bawang yang harganya lebih mahal daripada sekilogram ayam.

Antara sebabnya adalah termasuk kekurangan storan sejuk, peningkatan permintaan pasca-pandemik, penyeludupan dan kesan bencana alam.

Pada awal bulan ini, seorang kru syarikat penerbangan Filipina telah ditangkap menyeludup 40 kg bawang ke Filipina dari Dubai dan Riyadh, selain beberapa buah-buahan lain juga diseludup.

Jumlah nilai pasaran bawang dan buah-buahan yang dirampas ialah RM1,400.

Sumber: Mothership.SG

The post Kreatif, Pengantin Filipina Bawa Sejambak Bawang Ganti Bunga Tradisional appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*