Kren Dikendali Terbakar, Pempengaruh TikTok Indonesia Dilapor Maut

Kren Dikendali Terbakar, Pempengaruh TikTok Indonesia Dilapor Maut

Seorang pempengaruh  TikTok di Indonesia dilaporkan maut selepas terperangkap dalam kren yang sedang terbakar di tempat kerjanya di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Menurut Detik.com, sewaktu kejadian gadis berusia 20 tahun tersebut berada dalam kren yang dipenuhi asap.

Dia yang bekerja sebagai pengendali kren itu dilihat berada dalam keadaan panik dan tetap mengendalikan kren berkenaan. Bagaimanapun, dia tidak sempat menyelamatkan diri.

Pempengaruh tersebut juga dilaporkan sedang membuat video live di TikTok miliknya sewaktu kejadian ngeri itu berlaku.

Sebuah video saat kren itu sedang terbakar yang dirakam oleh seorang saksi turut bertebaran di medial sosial Indonesia.

Sementara itu, pihak polis telah mengesahkan kejadian kebakaran tersebut yang berlaku pada Khamis, 22 Disember lalu.  Polis turut berkata bahawa terdapat dua orang yang terkorban dalam kejadian kebakaran tersebut.

“Dua orang terkorban,” kata Ketua Polis Daerah Morowali Utara, AKBP Ade Nuramdan ketika diminta pengesahan oleh Detik.com semalam.

Selain itu, Ade Nuramdan juga sempat mendedahkan kronologi kejadian yang melibatkan pempengaruh tersebut dengan berpunca daripada letupan di tapak projek tersebut.

Sumber: Detik.com

The post Kren Dikendali Terbakar, Pempengaruh TikTok Indonesia Dilapor Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*