Langkah Menangani Banjir Kilat, 23 Perangkap Sampah Dipasang

Langkah Menangani Banjir Kilat, 23 Perangkap Sampah Dipasang

Dengan kos Rm12.5 juta, 23 perangkap sampah telah dipasang di 14 lembangan sungai dan parit utama di bandar raya Johor Bahru untuk menangani masalah banjir kilat.

Datuk Mohd Noorazam Osman, selaku Datuk Bandar Johor Bahru berkata, antara lokasi perangkap sampah adalah Sungai Sebulung, Sungai Taman Johor, Sungai Pandan, Sungai Tampoi dan Sungai Ayer Molek.

Jelasnya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menambah 10 lagi perangkap sampah pada tahun depan bergantung kepada peruntukan.

“Longgongkan sampah ini bergantung kepada pasang surut air, apabila air surut sampah akan dibawa ke laut.

“Sebab itu, isu sampah ini perlu kawal di peringkat anak sungai lagi,” katanya, memetik Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya telah memasang 14 perangkap sampah jenis CDS-GPT untuk memastikan sisa buangan tersebut tidak sampai ke sungai besar.

“Pemasangan perangkap sampah merupakan antara langkah MBJB dalam memastikan sungai di kawasan bandar raya tidak dipenuhi sampah sarap yang mengundang risiko berlakunya banjir kilat,” tambahnya.

Beliau berkata sedemikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB pada Isnin seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

14 Batang Sungai Tercemar

Sementara itu pada Sabtu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkenaan untuk menubuhkan satu ‘task force’ bagi menangani isu sungai tercemar.

Keputusannya itu dibuat selepas pihaknya mendapati sebanyak 14 batang sungai telah dikategorikan sebagai tercemar.

Daripada jumlah itu, hanya dua sungai sahaja yang berada di bawah pemantauan MBJB iaitu Sungai Kempas dan Sungai Sengkuang.

Menurutnya, kedudukan sungai berhampiran kawasan industri haram, kawasan perindustrian yang tidak tersusun dan kawasan setinggan menyumbang kepada pencemaran.

“Untuk melaksanakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) di kawasan sungai ini, semua pihak perlu mainkan peranan dan hasilnya bukan dapat dilihat dalam kadar segera.

“Perancangan itu perlu dibuat secara rapi dan akan memakan masa hingga 10 tahun untuk dapat keputusan yang dirancang bagi tujuan pembersihan sungai, penyusunan semula kawasan dan ‘urban renewal’,” kata Datuk Onn Hafiz.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Sesuai Untuk Minum Petang, Ini Resepi Nugget Kentang Wajib Dicuba

The post Langkah Menangani Banjir Kilat, 23 Perangkap Sampah Dipasang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*