Macam Mana Nilai Ditentukan? Ini Cara Macam Mana Kadar Pertukaran Mata Wang Berfungsi

Lecehnya Nilai Asyik Tukar-Tukar, Ini Penjelasan Bagaimana Kadar Pertukaran Mata Wang Ditentukan

Macam Mana Nilai Ditentukan? Ini Cara Macam Mana Kadar Pertukaran Mata Wang Berfungsi

Jika ‘terbang’ ke luar negara sama ada atas urusan pekerjaan ataupun melancong, kita mungkin perlu menukarkan mata wang negara sendiri dengan mata wang yang digunakan di negara yang bakal dikunjungi.

Manakala, jumlah wang yang diperolehi hasil pertukaran ini pula ditentukan oleh kadar pertukaran mata wang yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Misalnya, pada saat ini, jika kita mahu melancong ke Amerika Syarikat, untuk mendapatkan USD 1, kita perlu menukarkan dengan RM 4.77.

Mudahnya, kadar pertukaran mata wang menentukan bagaimana nilai mata wang sesebuah negara ‘disebut’ dalam nilai mata wang negara lain.

Cara kadar pertukaran mata wang berfungsi

Mesti ada tertanya-tanya, siapa yang tentukan kadar pertukaran mata wang ini? Kenapa pula berubah-rubah, ada masa nilainya naik dan di ketika lain, nilainya turun pula? Bagaimana sistem pertukaran mata wang berfungsi?

Menurut Britanica, terdapat dua jenis kadar pertukaran iaitu, kadar pertukaran tetap dan kadar pertukaran terapung.

Kadar pertukaran tetap menggunakan satu standard, iaitu nilai ditetapkan kepada emas atau logam-logam bernilai yang lain. Setiap unit mata wang akan disandarkan kepada nilai yang seharusnya ada pada kuantiti tetap standard ini.

Sebagai contoh, Perbendaharaan Amerika Syarikat pada 1968 telah menetapkan bahawa pihaknya akan membeli dan menjual satu auns (0.028 kg) emas dengan kadar $35.

Manakala negara-negara lain juga boleh menetapkan nilai tersendiri bagi emas dengan berat yang serupa.

Bagi kadar pertukaran terapung pula, ia bermaksud setiap mata wang tidak semestinya disokong oleh sesuatu sumber, seperti emas.

Kadar pertukaran mata wang antarabangsa ketika ini ditentukan kadar pertukaran mata wang terapung terurus.

Dengan kata lain, nilai mata wang setiap negara dipengaruhi oleh dasar ekonomi yang diambil kerajaan ataupun bank pusat negara tersebut.

Walaupun begitu, berdasarkan sejarah, kadar pertukaran mata wang terurus bukanlah digunakan sepanjang masa.

Sebelum ini, kadar pertukaran mata wang antarabangsa berdasarkan Standard Emas telah dipakai sehingga 1910-an.

Seterusnya pada 1930-an, sistem yang sangat mirip dikenali sebagai Standard Pertukaran Emas pula digunakan.

Standard ini membenarkan negara-negara untuk menyokong mata wang mereka bukan kepada emas tetapi kepada mata wang lain yang disandarkan kepada Standard Emas, seperti Dolar Amerika Syarikat dan Pound British.

Manakala, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bertanggungjawab untuk menstabilkan kadar pertukaran mata wang sehingga 1970, apabila AS berhenti menggunakan Kadar Pertukaran Tetap.

Sumber emas yang semakin berkurangan kemudian memaksa Amerika Syarikat untuk berhenti daripada menggunakan sebarang kadar pertukaran yang dikawal Standard Emas.

Selepas itu, sistem kewangan antarabangsa mula ditentukan berasaskan kepada mata wang Dollar dan mata wang kertas yang lain.

Dengan ini, sesebuah kerajaan juga boleh menstabilkan kadar pertukaran mereka melalui aktiviti perdagangan, iaitu mengurangkan import dan meningkatkan eksport.

Sama juga, sesebuah kerajaan boleh menurunkan nilai mata wang negara lain dan mengukuhkan nilai mata wang sendiri dengan menjualnya kepada negara lain.

Standard pertukaran emas dan IMF beri kestabilan, tetapi ada kesan tersendiri

Walaupun standard pertukaran emas dan IMF diakui memberikan kestabilan kepada pasaran dunia, tetapi sistem ini juga ada kesan yang tersendiri.

Menyandarkan mata wang kepada sumber terhad akan menyebabkan pasaran menjadi tidak fleksibel. Ia juga berpotensi membolehkan sesebuah negara yang mampu daripada segi ekonomi untuk ‘mengasingkan diri’ daripada aktivi perdagangan.

Dengan kadar pertukaran terapung yang terurus, ia menggalakkan sesebuah negara untuk terlibat dalam aktiviti perdagangan dengan negara-negara lain di peringkat global.

BACA: Letak Bahan Ni Je, Cara Simpan Taugeh Agar Tak ‘Lebam’, Boleh Tahan Seminggu

Sumber: Britannica

The post Macam Mana Nilai Ditentukan? Ini Cara Macam Mana Kadar Pertukaran Mata Wang Berfungsi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*