Lans Koperal Tembak Mati Isteri Merayu Pada Mahkamah, Mohon Ziarah Kubur Isteri

lans koperal nak ziarah kubur isteri

Lans Koperal Tembak Mati Isteri Merayu Pada Mahkamah, Mohon Ziarah Kubur Isteri

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang menembak mati isterinya pada 5 Mac lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar pada hari ini, lapor Astro Awani.

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, tertuduh yang berusia 27 tahun itu hanya menjawab faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa membunuh isterinya yang berusia 26 tahun sekitar jam 6.45 hingga 8.50 pagi pada 5 Mac yang lalu di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh akan didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.

Pendakwaan kes telah dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri iaitu Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Sewaktu pembacaan pertuduhan, Mohd Nordin telah memohon kepada mahkamah untuk mempertimbangkan tertuduh supaya dihantar ke hospital psikatri untuk penilaian mental selama sebulan.

Mahkamah juga kemudiannya membenarkan permohonan Mohd Nordin dan menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Perbicaraan kes ditangguh sementara menunggu untuk mendapatkan laporan penilaian psikatri tertuduh.

Lans Koperal mohon ziarah kubur isteri

Selesai pembacaan pertuduhan, suasana mahkamah menjadi sayu selepas tertuduh merayu kepada Majistret untuk menziarahi kubur isterinya. Rayuan itu dibuat tertuduh sebaik sahaja dia dibawa keluar dari kandang tertuduh.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Permintaan tertutuduh ditolak Majistret

Permintaan tertuduh untuk menziarahi kubur isterinya itu walau bagaimanapun telah ditolak oleh Majistret.

Terdahulu, dalam kejadian 5 Mac lalu, suspek disyaki membunuh isterinya yang sedang hamil lima bulan.

Suspek merupakan anggota polis dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai telah melepaskan lima das tembakan pada jarak dekat pada mangsa.

Salah satu tembakan dilaporkan terkena mata kiri mangsa dan mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Terdahulu, Siakap Keli telah melaporkan berkenaan kejadian tersebut yang dilaporkan berlaku di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang dipercayai abang ipar suspek, bahawa telah berlaku tembakan di rumah suspek.

“Apabila tiba di tempat kejadian kira-kira pada 8 pagi, anggota yang bertugas cuba berhubung dengan suspek namun gagal, menyebabkan polis membuat serbuan ke rumah tersebut 9 pagi,” katanya.

Yusharifuddin berkata pihaknya berjaya menahan suspek dan juga merampas senjata api yang digunakan

Sumber: Astro Awani

The post Lans Koperal Tembak Mati Isteri Merayu Pada Mahkamah, Mohon Ziarah Kubur Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*