Lebih 300 Juta Pekerjaan Dijangka Lenyap, Bakal Diambil Alih AI

AI peluang pekerjaan

Lebih 300 Juta Pekerjaan Dijangka Lenyap, Bakal Diambil Alih AI

Kira-kira 300 juta pekerjaan diramal akan lenyap di masa hadapan dan diambil alih oleh kecerdasan buatan (AI), kata Goldman Sachs dalam satu laporan.

Menurut laporan itu, AI mampu menggantikan sekitar suku tenaga kerja di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah. Namun begitu, situasi itu juga mungkin akan menjadi pemankin kepada kelahiran pekerjaan baharu dan peningkatan produktiviti.

AI juga dijangka mampu meningkatkan nilai pengeluaran tahunan barangan dan perkhidmatan global sebanyak 7 peratus.

Malah, laporan itu turut memuji keupayaan Generative AI yang mampu menghasilkan kandungan yang sangat mirip dengan hasil kerja manusia sebagai mengagumkan.

Kepintaran pembuatan (AI) mempengaruhi prospek pekerjaan

Di UK, kerajaan cenderung untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang kepintaran buatan. Ia kerana AI dijangka memacu produktiviti ekonomi dan kerajaan UK sedang berusaha keras menyakinkan orang ramai yang bimbang dengan pengembangan AI.

“Kami mahu penggunaan AI dapat melengkapi cara kita bekerja di UK, tanpa merosakannya tetapi meningkatkan kualiti kerja kami,” kata Setiausaha Teknologi, Michelle Donelan kepada The Sun.

Laporan tersebut meyatakan bahawa impak AI adalah berlainan mengikut sektor masing-masing. SSebagai contoh, 46 peratus dalam tugasan pengurusan dan 44 peratus dalam bidang perundangan.

Sebelum ini, BBC News melaporkan kebimbangan terhadap penjana imej AI yang disifatkan dapat mengancam kerjaya mereka.

“Saya pasti bahawa tidak ada cara untuk mengetahui berapa banyak pekerjaan yang bakal digantikan oleh AI.

“Apa ChatGPT dapat lakukan? Sebagai contoh, memberi peluang orang yang memiliki kemahiran menulis pada tahap yang biasa-biasa untuk menghasilkan beberapa esei dan artikel.

“Para wartawan turut berhadapan dengan persaingan yang agak sengit. Ini dapat menurunkan kadar gaji minimum, melainkan terdapat peningkatan dari segi permintaan untuk pekerjaan tersebut.

“Dalam masa beberapa tahun lagi, AI dipercayai akan memberikan kesan yang serupa terhadap tugasan kreatif,” kata Carl Benedikt Frey. Beliau merupakan bakal pengarah di Oxford Martin School, Oxford University, memberitahu BBC News.

Ramalan tersebut tidak boleh diterima bulat-bulat

Beberapa kajian mencadangkan bahawa perubahan teknologi yang berlaku sejak 1980-an telah membuang pekerja lebih pantas berbanding kemampuannya untuk menjana peluang pekerjaan.

Jika teknologi generatif AI bertindak seperti kemajuan teknologi maklumat yang berlaku sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa kekurangan peluang pekerjaan akan berlaku dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, impak AI dalam jangka masa panjang masih kelihatan samar-samar.

Ketua Eksekutif Resolution Foundation, Torsten Bell memberitahu BBC News, “segala ramalan yang dikeluarkan firma-firma tidak perlu diterima bulat-bulat”.

“Kita tidak mengetahui bagaimana teknologi berevolusi atau bagaimana firma-firma mengadaptasi teknologi ini dalam kerja mereka.

“Tiada siapa dapat memastikan bahawa kehadiran AI tidak akan mengganggu cara kerja kita tetapi kita juga perlu fokus terhadap peningkatan taraf kehidupan menerusi kerja-kerja berproduktiviti tinggi serta servis yang pantas dan murah.

“Kita juga perlu melihat terhadap risiko keciciran  jika terdapat firma yang berjaya mengadaptasi terhadap perubahan teknologi ini terlebih dahulu,” katanya.

BACA: Syarikat Pembangun Permainan Video Hong Kong Lantik ‘AI’ Jadi CEO

Sumber: BBC News

The post Lebih 300 Juta Pekerjaan Dijangka Lenyap, Bakal Diambil Alih AI appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*