Tak faham isu tapi masih nak bahas, warganet berang Azman Ibrahim samakan wanita dengan barang jualan

Tindakan ahli Pas, Dr Azman Ibrahim menyamakan wanita dengan barang jualan menaikkan kemarahan orang ramai.

Azman sebelum ini menyentuh mengenai isu wanita yang dihalau kerana berseluar pendek ketika buat laporan polis mengenai kemalangan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini telah menulis ciapan yang menyentuh sensitiviti gender dengan menyamakan wanita dengan barangan jualan.

Menurutnya, dari sudut pemasaran, nilai sesebuah barang bergantung kepada cara pembungkusan dimana lebih baik ia dibungkus lebih bernilai harganya.

Azman seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu tidak bernilai dan palsu sekiranya tidak ‘dibungkus’.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat tindakan Azman ini tidak kena pada tempatnya.

“Betul awak tak kata perempuan barang, tapi peribahasa tak kena untuk situasi, tiada kaitan antara pakaian report polis tetiba barang bertutup,” kata seorang pengguna.

“Dan sila terangkan bagaimana ‘analogi’ ini boleh dipakai kepada situasi seorang wanita yang ingin buat laporan polis di balai?,” kata pengguna lain.

Baca juga: Ibu muat turun gambar anak bengkak mata, bukan nak raih simpati hanya mahu doa

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*