Wanita Nekad ‘Terajang’ Halau Lelaki Keluar Dari Kafe, Selamba Lucut Seluar Depan Orang




Tular sebuah video memaparkan tindakan berani seorang wanita menendang lelaki yang didakwa telah melakukan gangguan seksual pada khalayak umum di sebuah kafe, lapor Suara.com.

Difahamkan, lelaki yang tidak dikenali itu telah melakukan onar dengan cara menanggalkan seluarnya sehingga menampakkan kemaluannya.

Berang dengan kejadian itu, seorang wanita nekad datang dari arah belakang lalu menendang punggung lelaki tersebut lalu menghalaunya keluar.

Aksi tersebut sempat dirakam oleh salah seorang netizen yang kebetulan berada di kafe berkenaan sebelum dikongsi melalui akaun Instagram @kabarnegri.

Berdasarkan video yang dikongsi, lelaki tersebut sedang berdiri dan secara tiba-tiba menyelak baju lalu melucutkan seluarnya sehingga hampir menampakkan kemaluan sebelum ditendang oleh wanita berani itu.

Ekoran itu, dia membetulkan seluar miliknya sebelum berlalu keluar daripada kafe tersebut. Dia juga akur tanpa melawan meskipun telah ditendang dari arah belakang oleh wanita berani itu.

Walau bagaimanapun, tiada keterangan lanjut mengenai masa dan lokasi kejadian. lelaki tersebut juga tidak dapat dikenal pasti sama ada mengalami gangguan jiwa atau tidak.

Kebanyakan netizen bersetuju dengan tindakan berani yang dilakukan oleh wanita tersebut. Mereka turut meninggalkan ribuan komen berhubung video yang tular itu.

“Kalau begini pelakunya, memang sepatutnya diperlakukan dengan keras,” komen netizen.

Sumber: Suara.com

BACA: CCTV Rakam Wanita ‘Terberak’ Depan Pintu Masuk Sebuah Kafe, Lelaki Tergelincir Terpijak Tahi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*