Lelaki Ini Banggakan Malaysia, Sekolah-sekolah Di Jepun Guna Aplikasi Ciptaannya

Lelaki malaysia aplikasi jepun

Lelaki Ini Banggakan Malaysia, Sekolah-sekolah Di Jepun Guna Aplikasi Ciptaannya

Tidak dinafikan negara Jepun terkenal dengan pelbagai inovasi yang memukau mata dunia termasuk bidang teknologi pendidikan. 

Meskipun pun dunia dikaburi dengan kemajuan teknologi dari negara itu, muncul seorang anak Malaysia berjaya menambat hati sekolah-sekolah negara matahari terbit tersebut.

Datang daripada latar belakang seorang budak nakal di sekolah, hari ini Syed Huzaifah Syed Omar,38, membuktikan pada dunia bahawa negara seperti Malaysia juga mampu bersaing dengan negara-negara seperti Jepun melalui aplikasi pendidikan StudentQR.

Apa itu Aplikasi StudentQR

Lelaki malaysia aplikasi jepun

Menerusi sentuhan aplikasi StudentQR hasil ciptaannya, aspek amalan baik dan sahsiah positif di sekolah yang sinonim bagi negara Jepun itu boleh diterapkan dengan mudah dan pantas.

Kehebatan inovasi Syed Huzaifah tidak dapat disangkal apabila badan pendidikan Jepun sendiri cuba meminang dengan menghubunginya bagi mendapatkan inovasi tersebut.

Sekolah-sekolah rintis di Osaka, Jepun mula menggunakan StudentQR.

Berkongsi pengalamannya ketika menerima lamaran tersebut, Syed Huzaifah sama sekali tidak menyangka bahawa negara Matahari terbit itu sangat berminat dengan hasil keseluruhan sistem StudentQR.

“Pertama kali diundang ke Jepun untuk membentangkan sistem dinamakan StudentQR itu, saya agak skeptikal pada mulanya.

“Mungkin bagi saya, ia adalah pitching perniagaan biasa tapi tak sangka saya dihubungi semula dan badan pendidikan yang mahukan sistem tersebut disediakan di sekolah-sekolah mereka,” katanya.

Kemudahan Dan Manfaat StudentQR

Pengenalan kod QR dalam aplikasi ini mampu meningkatkan disiplin dalam kalangan pelajar, bahkan ia dapat melahirkan individu yang mengejar kebaikan khususnya sewaktu sesi persekolahan.

BACA: “Cikgu, Boleh Bagitahu Anak Saya, Saya Lapar..” Permintaan Terakhir Ibu Sebelum Meninggal Dunia

Bukan itu sahaja, guru-guru di sekolah menggunakan aplikasi ini dapat memberikan merit atau markah berdasarkan sikap positif pelajar di sekolah menerusi imbasan kod QR pada kad pengenalan (ID) pelajar.

“Pelajar bantu guru, datang awal, gotong-royong, hantar kerja rumah dan sebagainya dapat merit khas”

Lebih menarik, prestasi anak-anak di sekolah seperti kehadiran, merit demerit, bacaan buku, aktiviti sekolah dan sebagainya boleh direkod kurang 5 saat terus sampai kepada ibu bapa. secara tidak langsung ia dapat meringankan beban guru-guru di sekolah.

Lelaki malaysia aplikasi jepun

Dengan kecanggihan StudentQR juga, aplikasi ini boleh digunakan dalam mod ‘offline’ atau capaian internet yang lemah

“ Sekolah-sekolah di Amerika Syarikat, Indonesia dan Australia juga mengikuti jejak langkah yang sama dengan menggunakan aplikasi ini”

Mengimbau kembali sewaktu berada di alam persekolahan, Syed Huzaifah terdetik untuk mengatasi ragamnya.

Dan bermula dari situ, timbulnya StudentQR.

“Idea asal aplikasi ini saya fikirkan lama dulu, memandangkan saya budak nakal di sekolah jadi ada satu ketika saya mengimbau kenangan-kenangan perlakuan nakal terbabit, ia mencetuskan StudentQR,” katanya.

Budak Nakal Sekolah Tak Semestinya Gagal

Lelaki malaysia aplikasi jepun

Perkongsian kisah ini membuktikan bahawa setiap orang mampu merubah diri mereka.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, begitulah kisah anak tempatan ini yang dulunya digelar seorang anak nakal kini menjadi pencetus kepada perubahan dan impak besar dalam sistem pendidikan hingga ke peringkat global.

Jasa Syed Huzaifah dalam penciptaan aplikasi ini sedikit sebanyak memberi impak positif dan kegembiraan dalam kalangan pelajar di seluruh dunia.

Semoga kejayaan yang dikecapi ini mampu memberi inspirasi dan pembakar semangat kepada masyarakat.

The post Lelaki Ini Banggakan Malaysia, Sekolah-sekolah Di Jepun Guna Aplikasi Ciptaannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*