“Terima Kasih Kapten”, Juruterbang MAS Terharu Dapat Nota Penghargaan Daripada Penumpang

juruterbang mas terharu

“Terima Kasih Kapten”, Juruterbang MAS Terharu Dapat Nota Penghargaan Daripada Penumpang

Seorang juruterbang Malaysia Airlines merasa terharu apabila menerima nota penghargaan daripada penumpang yang berterima kasih kerana mengemudi pesawat dengan begitu baik dan lancar.

Juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Paul Lau telah membuat hantaran tersebut menerusi kumpulan Facebook, Malaysia Airlines.

Hantaran tersebut dalam kumpulan berkenaan pada Isnin (9 Oktober 2023), 12.49 tengah malam.

Menurut Lau, dia menerima nota tersebut daripada seorang penumpang yang menaiki pesawat penerbangan KL-Kuching yang dikendalikanny pada 6 Oktober lepas.

Nota tersebut telah ditulis di atas permukaan sekeping beg kertas dengan menggunakan pen berwarna biru.

“Tolong beritahu Kapten, terima kasih kerana menerbangkan pesawat dengan baik dan lancar walaupun dalam keadaan berawan,” kata penumpang berkenaan.

Menurut nota itu lagi, penumpang tersebut mengakui mempunyai fobia terhadap gegaran ketika berada di dalam kokpit. Dia juga khuatir sekiranya pesawat mungkin bergoyang apabila melalui kawasan berawan.

Pada akhir nota terbabit, penumpang itu mengucapkan terima kasih pada semua kru atas pengalaman yang sangat menakjubkan.

“Saya sangat menghargainya. Saya berharap anda dapat menikmati hujung minggu yang baik,” kata penumpang itu lagi.

Menurut Lau lagi, penumpang berkenaan dipercayai duduk di tempat duduk bernombor 18D. Manakala nota berkenaan disampaikan kepadanya melalui salah seorang kru penerbangan tersebut.

juruterbang penumpang terima kasih
Kredit: Facebook

Juruterbang telah memberikan maklum balas terhadap isi nota penumpang berkenaan

Lau mengakui amat tersentuh apabila membaca nota berkenaan dan berterima kasih di atas kata-kata baik daripada penumpang berkenaan.

“Saya mewakili Malaysia Airlines dan kru-kru yang luar biasa, saya mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang anda berikan kepada kami.

“Kata-kata baik anda telah menceriakan hari kami dan memberikan semangat kepada kami untuk berikan yang terbaik kepada penumpang kami.

“Saya turut meninta maaf jika isyarat tali pinggang keledar dihidupkan sepanjang masa disebabkan faktor cuaca. Kami berharap untuk melihat anda terbang bersama kami lagi pada masa yang akan datang,” katanya.

BACA: Cara Set “Child Reminder” Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta

Sumber: Paul Lau via Facebook (Malaysian Airlines)

The post “Terima Kasih Kapten”, Juruterbang MAS Terharu Dapat Nota Penghargaan Daripada Penumpang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*