Disangka Mati, Isteri Hilang 30 Tahun Lalu Ditemui Di Pusat Jagaan

wanita hilang 30 tahun

Disangka Mati, Isteri Hilang 30 Tahun Lalu Ditemui Di Pusat Jagaan

Seorang wanita Pennsylvania, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang lebih 30 tahun lalu dan dipercayai meninggal dunia oleh keluarganya ditemui selamat di sebuah rumah jagaan di Puerto Rico, pada Khamis lalu.

Lapor CNN, menurut risalah orang hilang yang disiarkan oleh Pusat Tindak Balas Kecemasan Pennsylvania, wanita terbabit Patricia Kopta, kali terakhir dilihat di Pittsburgh pada musim panas 1992.

Suaminya, Bob Kopta melaporkan kehilangannya beberapa bulan kemudian pada musim luruh tahun yang sama.

Dia turut berkata kepada pihak berkuasa bahawa mustahil isterinya itu tidak ditemui dalam masa yang singkat.

“Saya pulang ke rumah pada suatu malam dan dia telah tiada.

“Tiada siapa yang tahu di mana dia berada,” kata Bob pada sidang akhbar bersama Polis Perbandaran Ross.

Dalam pada itu, polis berkata pada awalnya mereka dimaklumkan mengenai penemuan wanita yang hilang itu daripada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol).

Perkara itu juga diketahui oleh seorang pekerja sosial dari Puerto Rico.

Pekerja tersebut bertindak untuk menghubungi polis pada tahun lepas memaklumkan bahawa Patricia sebenarnya masih hidup dan tinggal di sebuah pusat penjagaan.

Timbalan Ketua Perbandaran Ross, Brian Kohlhepp menerima laporan bahawa wanita tersebut dihantar ke pusat penjagaan pada tahun 1999 selepas ditemui di jalan di Puerto Rico.

“Apa yang mereka laporkan kepada kami ialah dia datang ke pusat penjagaan pada tahun 1999, apabila ditemui berdekatan di jalan Puerto Rico,” katanya.

Interpol dan pekerja sosial itu berkata Patricia ketika itu ditemui berkeliaran di jalanan.

Sementara itu, Patricia selama bertahun-tahun bagaimanapun enggan memberitahu mengenai hal kehidupan peribadinya.

BACA: Hilang Selepas Mengaji, Dua Wanita Ditemui Mati & Disimen

Patricia tidak punya keluarga atau kenalan di Puerto Rico

Difahamkan dia tidak mempunyai keluarga atau sesiapa yang dikenali di Puerto Rico.

Menurut suaminya, Patricia selalu bercakap berkenaan Puerto Rico dan ingin tinggal di persekitaran tropika.

“Saya juga mengiklankan dalam akhbar di Puerto Rico untuk mencarinya,” kata suaminya.

Bob turut berkata dia telah menghabiskan banyak wang untuk mencari isterinya itu  bertahun-tahun.

Polis mengesahkan wanita itu adalah Patricia selepas melalui proses selama sembilan bulan dengan membandingkan sampel DNA yang diberikan oleh kakaknya, Gloria Smith dan anak saudaranya.

“Kami benar-benar menyangka dia sudah mati selama bertahun-tahun,” kata Smith dalam sidang akhbar.

Sebelum itu, Patricia dan Bob sudah mendirikan rumah tangga bersama selama 20 tahun sebelum wanita tersebut menghilang.

Sumber: CNN

The post Disangka Mati, Isteri Hilang 30 Tahun Lalu Ditemui Di Pusat Jagaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*