Mahu Buat Tuntutan, Mangsa Minta Bomba Tidak Alihkan Dahan Hempap Kereta

tuntutan dahan hempap kereta

Mahu Buat Tuntutan, Mangsa Minta Bomba Tidak Alihkan Dahan Hempap Kereta

Gara-gara mahu membuat tuntutan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), seorang mangsa pokok tumbang meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk tidak mengalihkan dahan yang menghempap kenderaan miliknya di Kota Kemuning, Shah Alam, semalam.

Lapor Sinar Harian, Pengarah JPBM Selangor, Morni Mamat berkata kenderaan itu dihempap pokok dalam satu kejadian di Jalan Anggerik Mokara pada 8.15 malam.

Susulan itu, kereta tersebut mengalami kerosakan dan memerlukan bantuan pihak bomba untuk mengalihkan dahan namun tindakan itu dihalang oleh mangsa.

“Pihak bomba cuba untuk membantu mangsa mengalihkan dahan pokok yang menghempap kenderaan miliknya.

“Namun begitu, usaha itu dihalang oleh pemilik kenderaan dengan alasan menunggu pihak MBSA hadir ke lokasi.

“Tindakan mangsa tersebut dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA,” katanya pada Selasa.

Dengan menurut perintah, Morni berkata pihaknya hanya mengalihkan dahan yang berada di sekitar kawasan tempat letak kenderaan itu sahaja.

Difahamkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden pokok tumbang itu.

Tambahnya, untuk tindakan lanjut kes itu diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA.

“Kes diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

BACA: Wanita Berdepan Detik Cemas, Terperangkap Dalam Rumah Dihempap Pokok Tumbang Akibat Ribut

Hujan batu dipercayai landa beberapa kawasan di Selangor

Semalam, satu fenomena hujan batu dipercayai berlaku di beberapa kawasan di sekitar Selangor termasuk Putra Height dan Puchong.

Kejadian itu sempat dirakam oleh beberapa orang awam dan tular di platform media sosial. Insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang.

Menerusi beberapa rakaman dan imej yang berjaya diambil ia memaparkan hujan lebat berserta hujan batu berlaku di kawasan tersebut.

Rata-rata klip dirakam di kediaman masing-masing. Turut kelihatan batu-batu daripada hujan tersebut bertaburan di kawasan halaman rumah.

Salah seorang pengguna turut memaklumkan bahawa terdapat banyak pokok seperti mahu tumbang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Oleh itu, dia memperingatkan orang awam untuk sentiasa berhati-hati.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada 4.50 petang semalam mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan.

Dalam amaran yang dikeluarkan itu, sebanyak enam negeri di Semenanjung yang dijangka berlaku cuaca buruk tersebut.

Antaranya Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Johor. Di Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seluruh kawasan itu diramal berdepan cuaca buruk.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

The post Mahu Buat Tuntutan, Mangsa Minta Bomba Tidak Alihkan Dahan Hempap Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*