Isu Stoking: Juruteknik Dipenjara Enam Bulan, Denda RM12,000 Kerana Hina Islam

juruteknik stoking islam

Isu Stoking: Juruteknik Dipenjara Enam Bulan, Denda RM12,000 Kerana Hina Islam

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya empat hari lepas.

Hakim Suzana Hussin juga memerintahkan tertuduh, 35, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda, dan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook pada 18 Mac lepas yang kemudiannya dilihat di Taman Sri Jati, Brickfields pada 3 pagi hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran, selain terdapat 24 laporan polis diterima berkaitan perbuatan tertuduh.

“Hantaran dibuat tidak sensitif terhadap agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada (penduduk) pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan,” katanya.

Sementara itu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dirinya tidak berniat dan tidak mengetahui perkataan yang digunakannya boleh bermaksud menghina.

“Saya memang ‘keyboard warrior’… macam hobi, tapi saya tidak sangka ia (posting) menyentuh sensitiviti. Bukan niat saya untuk menghina,” katanya yang merayu tidak dipenjarakan.

Semalam Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai sebaneka.

BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sumber: Bernama

The post Isu Stoking: Juruteknik Dipenjara Enam Bulan, Denda RM12,000 Kerana Hina Islam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*