Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka

Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka!

Dalam dunia ini, siapa saja yang tak mahu cantik, mempunyai kulit yang lembut dan bersih? Kecantikan pada diri kita sering dinilai oleh semua orang. Memanglah orang kata, jangan menilai daripada paras rupa, tetapi tidak salah kalau anda semua mahu cantikkan diri anda. Tak kiralah anda lelaki atau perempuan.

Kebanyakan orang pasti mahu menjaga kecantikan mereka, lebih-lebih lagi pada bahagian wajah. Jadi, apa kata anda semua ikuti perkongsian Hello Doktor ini, untuk mengetahui rahsia kecantikan daripada artis-artis Korea yang tercantik!

5 artis Korea paling cantik

Berikut merupakan beberapa artis Korea wanita paling cantik sepanjang tahun 2023 ini.

Artis Korea paling cantik #1. Kim Jisoo

Gambar via Wikipedia

Jisoo merupakan ahli kumpulan Blackpink dan telah memulakan kerjayanya pada tahun 2016.

Pelakon utama drama Snowdrop ini juga memiliki visual yang sangat cantik dan sepasang mata semula jadi, inline eyelids.

Menurut Jisoo, beliau memiliki kulit yang kering. Oleh itu, penjagaan kulitnya lebih tertumpu kepada kelembapan.

Kebiasaannya, beliau akan menggunakan sheet mask dua sehingga tiga kali dalam sehari bagi menjaga kesihatan kulitnya.

Song Hye Kyo, artis Korea paling cantik no. 2

Gambar via Wikipedia

Siapa sahaja yang tidak mengenali Song Hye Kyo? Wajahnya yang cantik dan natural tanpa sebarang solekan boleh menawan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Rahsia kecantikan selebriti ini ialah beliau sering menggunakan cleansing milk dan juga sentiasa melakukan eksfoliasi pada kulit wajah untuk mengangkat sel-sel kulit mati.

3#. Kim So-Hyun

Gambar via Wikipedia

Artis cilik yang telah dewasa ini tidak pernah gagal mencuri hati peminatnya.

Beliau juga turut berkongsi tentang rutin kecantikannya iaitu dengan melakukan layering skincare seperti pencuci muka, toner, lotion, essence dan cream sebelum tidur.

Rahsia lain, Kim So-Hyun juga sering menghindari stres bagi mendapatkan kulit yang sihat dan halus seperti kulit bayi.

4#. Bae Suzy

Gambar via Wikipedia

Percaya atau tidak, Bae Suzy juga merupakan artis Korea paling cantik sepanjang tahun 2023 ini. Penyanyi daripada kumpulan Miss A ini juga merupakan ‘cinta pertama’ buat para lelaki yang menggemari dunia k-pop.

Ternyata rahsia di sebalik kecantikan artis ini ialah beliau akan menggunakan moisturizer dan serum sebelum mula bersolek bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Artis Korea paling cantik #5. Song Ji-Hyo

Gambar via The Korea Times

Sebut sahaja Song Ji-Hyo, pasti ramai akan mengenalinya kerana dahulu beliau satu-satunya ‘bunga’ di dalam rancangan Running Man.

Walaupun usianya sudah menginjak ke 40-an, namun aura kecantikannya masih terpancar.

Baginya, rutin membersihkan kulit wajah dan memakai sunscreen adalah aspek yang paling penting dalam penjagaan muka terutamanya apabila beliau banyak terlibat dalam aktiviti outdoor di dalam Running Man.

Rahsia kecantikan artis drama Korea wanita

Memiliki kulit yang cantik dan halus seperti artis Korea sudah semestinya menjadi idaman buat setiap individu tidak kira lelaki atau perempuan.

Berikut merupakan beberapa cara untuk anda mendapatkan kulit yang cantik persis artis Korea kegemaran anda.

#1. Gunakan sunscreen setiap hari

Gambar via Hello Doktor

Sinaran matahari bukan sahaja akan mengeringkan kulit anda, tetapi ia juga boleh memberi kesan ketara pada pigmen dalam kulit anda.

Anda disarankan untuk memakai krim pelindung matahari yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari.

Gunakan sunscreen tersebut setiap dua jam dalam sehari untuk kekal terlindung dan mengelakkan selaran matahari.

#2. Pastikan kulit anda sentiasa lembap

Apabila usia anda semakin meningkat, kelenjar minyak dalam kulit anda akan menjadi kurang aktif. Ini juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering, menjadi sensitif dan lebih mudah mengalami iritasi.

Pelembap sebenarnya bertujuan untuk menghilangkan kendur dan memastikan kulit anda lembut dan sihat.

Anda disarankan untuk menggunakan pelembap dalam masa tiga minit selepas keluar dari bilik mandi untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat.

#3. Jangan picit jerawat yang tumbuh

Jangan sesekali picit jerawat anda! Ini kerana ia akan menyebabkan muka anda terdedah kepada jangkitan dan meninggalkan lebih banyak parut jerawat lagi.

Anda boleh merawat jerawat dengan cara sapukan krim benzoyl peroksida secara nipis pada kawasan berjerawat.

Gambar via Hello Doktor

 

#4. Basuh muka anda dengan bersih

Basuh muka anda semasa bangun, sebelum tidur dan selepas berpeluh dengan bersih.

Mencuci muka ketika bangun tidur dapat menghilangkan kotoran dan bakteria yang ada di wajah anda semasa tidur.

#5. Basuh muka dengan lembut

Pembersihan muka dengan lembut sebenarnya dapat membantu kulit anda untuk kelihatan terbaik.

Caranya adalah sapukan pembersih muka anda secara perlahan-lahan dalam gerakan membulat dengan hujung jari anda.

Bilas muka anda sepenuhnya dan lapkan sekitar wajah anda dengan lembut menggunakan tuala yang bersih.

Kesimpulan

Anda boleh mencuba tip-tip tersebut untuk mendapatkan kulit yang cantik dan halus persis idola Korea anda. Namun, dapatkan nasihatkan pakar kecantikan atau ahli dermatologi sekiranya anda mengalami masalah kulit yang serius.

Sumber: Hello Doktor

BACA JUGA: Fakta Menarik Tentang Otak Manusia, Banyak Yang Kita Tak Tahu!

The post Rahsia Kecantikan Artis Korea, Boleh Cuba Tips Mereka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*