Michelle Yeoh Pulang Ke Ipoh, Lepas Rindu Bersama Keluarga

Michelle yeoh ipoh

Michelle Yeoh Pulang Ke Ipoh, Lepas Rindu Bersama Keluarga

Gembira pulang ke kampung halamannya, bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh tidak dapat menyorokkan legembiraannya apabila dia berpeluang menjejakkan kaki kembali di Ipoh, Perak.

Difahamkan, Yeoh sedang meluangkan masa bersama keluarganya yang tercinta.

“Ipoh. Sayang ibu dan semestinya dia (ibu) memberi saya makan. Dan juga adik-beradik saya,” katanya ringkas.

Yeoh juga memuat naik beberapa keping gambarnya melakukan aktiviti bersama keluarganya termasuk menikmati juadah yang berbagai.

Memunggah di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan perasaan gembira apabila mendapat tahu pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) pulang ke Malaysia.

Michelle Yeoh Berkahwin Dengan Jean Todt Selepas 19 Tahun Jalin Hubungan

Sebelum ini, media melaporkan Yeoh selamat berkahwin dengan tunangnya, Jean Todt selepas 19 tahun menjalin hubungan percintaan.

Pasangan tersebut disatukan dalam satu majlis yang diadakan di Geneva, Switzerland. Majlis perkahwinan berkenaan dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga pasangan tersebut.

Berita gembira tersebut kali pertama diketahui umum selepas dikongsikan oleh pelumba F1, Felipe Massa menerusi satu hantaran Instagram.

“Selamat Hari Perkahwinan Jean Todt dan Michelle Yeoh. Saya sayang kamu berdua sangat-sangat.”

Todt, 77, dilaporkan kali pertama bertemu dengan TS Michelle, 60, di Shanghai, China pada 4 Jun 2004. Selepas satu bulan setengah berpacaran, legenda F1 asal Perancis dan individu penting dalam F1 itu telah melamar pelakon berkenaan pada 26 Julai 2004.

Daripada foto-foto yang dikongsikan Massa, TS Michelle mengenakan gaya yang anggun dan elegan ketika hari pentingnya. Beliau memakai pakaian serba putih ketika upacara pernikahan tersebut.

Ketika majlis resepsi pula, pelakon asal Malaysia tersebut telah mengenakan gaun berwarna champagne beserta korset pada bahagian pinggang.

Sementara itu, pengantin lelaki pula kelihatan segak bergaya dalam pakaian suit berwarna biru navy.

Kisah cinta mereka dipenuhi dengan bibit romantis. Pada 2022, TS Michelle telah mendokumentasikan perjalanan 6,000 hari bersama pasangannya menerusi hantaran Instagram.

Mereka juga sering meluangkan masa bersama-sama dan akan menempuh perjalanan hidup sebagai suami isteri pada hari yang akan mendatang.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Vaksinasi Bagai Pasport Kehidupan Bagi Kumpulan Umur Berisiko Tinggi – Tan Sri Michelle Yeoh

The post Michelle Yeoh Pulang Ke Ipoh, Lepas Rindu Bersama Keluarga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*