Migrain Boleh Menyebabkan Buta Dan Lumpuh, Jom Ketahui Punca Migrain

Migrain Boleh Menyebabkan Buta Dan Lumpuh, Jom Ketahui Punca Migrain

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang dan rasa sakit tersebut akan berlaku disebelah bahagian kepala sahaja.

Adakalanya ia bermula disebelah kepala sahaja sebelum mula merebak ke kedua-dua bahagian kepala. Rasa sakit yang dihadapi sama ada pada tahap sederhana atau teruk yang boleh menyebabkan gejala pening-pening, muntah dan cirit-birit. Mereka yang diserang migrain juga biasanya lebih sensitif kepada cahaya.

Jadi kali ini, kami ingin berkongsikan dengan anda punca-punca menyebabkan migrain berlaku. Perkongsian ini diperti daripada hantaran Farmacora menerusi laman twitter.

Punca Migrain

Minum terlalu banyak minuman berkafein

Kredit: Freepik

Ramai mengaku pengambilan minuman berkafein membantu melegakan kesakitan terutamanya serangan migrain. Ia terjadi kerana reaksi bahan kimia semula jadi otak yang dikenali sebagai adenosine. Adenosine mampu melekat pada reseptor di permukaan sel otak dan menyebabkan kesakitan dan kafein mampu “menghalang” adenosine ini dari bercantum dengan reseptor.

Disebabkan itu, individu yang diserang dengan migrain terbukti mempunyai peningkatan paras adenosine. Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein berlebihan boleh menyebabkan berlakunya toleransi pada otak.

Perubahan hormon

Perubahan hormon yang sering dialami oleh wanita juga merupakan salah satu punca sakit kepala dan perkara ini sering terjadi pada tiga peringkat kehidupan seorang wanita iaitu ketika sedang mengalami kitaran haid, Kehamilan dan Menopaus.

Sebelum wanita mengalami haid, paras hormon estrogen dan progesteron akan jatuh dengan mendadak. Mereka yang menghampiri menopaus pula mempunyai paras hormon yang sering berubah. Perkara ini juga boleh menjadi penyebab migrain. Bagi wanita hamil, migrain kebiasaannya berlaku pada peringkat awal kehamilan setelah trimester pertama simptom tersebut biasanya akan hilang.

Kurang tidur berkualiti

Kredit: HelloSehat

Jumlah waktu tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah sebanyak 7 hingga 8 jam sehari. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukui ataupun terlebih juga akan menjadi punca kepada migrain. Walau bagaimanapun, penyebab migrain bukan hanya bergantung pada berapa banyak jumlah waktu tidur anda. Ia lebih melibatkan kualiti tidur itu sendiri dan tidur yang sering terganggu kerana masalah tidur seperti insomnia, tidur berdengkur dan apnea boleh mencetuskan serangan migrain.

Duduk depan skrin komputer terlalu lama

Kredit: Murai.my

Mereka yang menderita migrain boleh mendapat serangan teruk selepas menggunakan komputer dalam jangka masa lama. Puncanya masih tidak jelas, namun ia dikaitkan dengan beberapa faktor seperti tahap kecerahan skrin komputer.

Faktor lain pula adalah berapa tempoh masa pendedahan terhadap cahaya skrin tersebut. Sebagai contoh, penggunaan komputer secara intensif sekurang-kurangnya selama 30 minit boleh menyebabkan sindrom penglihatan komputer. Guna komputer selama 2 jam sehari boleh menyebabkan sakit kepala dan jika waktu tersebut lebih panjang 4 hingga 9 jam dan kesannya akan lebih teruk.

Warna tertentu pada skrin komputer juga boleh menjadi penyebab migrain terutamanya warna yang berasal dari spektrum warna biru dan hijau. Bahkan, komputer yang menggunakan skrin resolusi rendah turut mampu menghasilkan isyarat penglihatan yang boleh menyumbang kepada serangan migrain.

Perubahan persekitaran

Faktor persekitaran turut merupakan punca migrain ia termasuk perubahan altitud, cuaca, kadar lembapan dan bunyi bising.

Perubahan cuaca, sama ada terlalu sejuk atau terlalu lembab mempengaruhi keseimbangan isyarat kimia dalam badan lalu mencetuskan migrain. Perubahan pada tekanan pula sering berlaku ketika individu menaiki pesawat atau ketika menyelam di lautan dalam. Perkara sama juga boleh terjadi apabila anda mendaki tempat yang beraltitud tinggi dan ia akan mengakibatkan serangan perubahan tekanan barometrik.

Cahaya terang benderang juga boleh menyebabkan berlakunya migrain terutamanya jika cahaya tersebut berkelip-kelip dan pekara ini kebiasaannya berlaku apabila cahaya matahari terpantul pada permukaan air, pasir dan salji.

Setiap individu yang mengalami migrain mempunyai faktor pencetus yang berbeza-beza. Oleh sebab itu penting untuk kita memberikan perhatian yang penuh kepada punca sakit kepala untuk menghindarinya dan jika bertambah teruk anda perlu berjumpa dengan pakar perubatan untuk merawat sakit anda.

Sumber: Farmacora via Twitter, MyHealth

The post Migrain Boleh Menyebabkan Buta Dan Lumpuh, Jom Ketahui Punca Migrain appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*