Mungkin Masih Ramai Tak Tahu, Ini Proses Tukar Nama Pemilik Kenderaan Yang Telah Meninggal Dunia 

Mungkin Masih Ramai Tak Tahu, Ini Proses Tukar Nama Pemilik Kenderaan Yang Telah Meninggal Dunia 

Seperti yang diketahui, setiap kenderaan yang bergerak di atas jalan raya mahupun yang sudah ‘tersadai’ sekian lama mempunyai nama pemilik tidak kira sama ada ia sebuah motosikal, kereta, trak pikap dan sebagainya.

Kadangkala, pemilikan kenderaan juga sentiasa bertukar nama apabila berlaku pembelian oleh pihak kedua dan seterusnya. Meskipun kedengaran mudah. Namun pr0ses ini memerlukan masa yang agak lama dan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Pernahkah anda terfikir bagaimana pula proses penukaran hak milik orang yang telah meninggal dunia? Lebih-lebih lagi, kita juga tidak boleh berkomunikasi dengan pemilik kenderaan itu lagi.

Jadi bagaimanakah proses ini dilakukan?

Kebiasaannya perkara ini menjadi isu kepada ahli keluarga yang ingin membuat proses penukaran hak kenderaan milik ahli keluarga yang telah tiada.

Bagi mereka berhasrat untuk berbuat demikian, hari ini, SK akan berkongsikan proses menukar nama hak milik kenderan individu yang telah meninggal dunia menerusi perkongsian seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Nazeman di bawah ini.

Proses Tukar Nama Hak Kenderaan Orang Mati

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Nazeman di akaun TikTok @dnazmas, menjelaskan bagi mana-mana motosikal atau kereta apabila pemiliknya telah meninggal dunia, JPJ hanya membenarkan pembaharuan cukai jalan (roadtax) dilakukan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Jelas Nazeman, dalam tempoh ini waris perlu membuat penukaran nama kenderaan tersebut melalui Surat Kuasa.

BACA JUGA: Tiada Lagi Ujian Teori Kali Kedua, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penambahan Kelas Lesen Memandu 

Untuk mendapatkan surat ini, waris perlu hadir ke Mahkamah atau Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Agensi Amanah Raya bagi urusan pemilikan tersebut.

Selepas itu, penukaran nama pemilik kereta perlu melalui Puspakom untuk membuat pemeriksaan B5. Manakala bagi motosikal tidak memerlukan pemeriksaan ini di Puspakom.

Barulah proses penukaran ini boleh dilakukan.

Bayaran Penukaran Nama Pemilik

Bagi bayaran penukaran nama pemilik kenderaan, kadar yang dikenakan bagi kereta adalah RM100, sama seperti proses bagi pemilik yang masih hidup. Manakala bagi motosikal pula adalah RM3 bagi warganegara.

Semoga bermanfaat.

@dnazmas

TUKAR NAMA OWNER MENINGGAL DUNIA #FYP #sahabatbosskay #longervideos #fypage #viraltiktok #cikgu #tiktoker #capcutvelocity #wargatiktok #cikgumemandu #live #capcut #fypシ #viral

♬ original sound – *NAZMAN* T – *NAZMAN* T

Sumber: TikTok @dnazmas

The post Mungkin Masih Ramai Tak Tahu, Ini Proses Tukar Nama Pemilik Kenderaan Yang Telah Meninggal Dunia  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*