Pelakon Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher Meninggal Dunia

Andre Braugher Meninggal

Pelakon Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher Meninggal Dunia

LOS ANGELAS — Pelakon sitkom Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusannya semalam selepas mendiang mengalami sakit. Pemergian Braugher juga mendapat perhatian rakan artis tempatan yang turut berkongsi kisah hidup mereka bersama mendiang.

Dalam satu hantaran di Instagram, Terry Crews yang turut bergandingan dengan mendiang di dalam siri Brooklyn Nine-Nine turut menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian mendiang.

“Saya berbesar hati dapat mengenali awak (Braugher), kita bekerja dan ketawa bersama selama lapan tahun. Saya dapat melihat bakat awak yang tiada galang ganti.

“Banyak yang saya belajar dari mendiang. Saya sangat berterima kasih sepanjang mengenalinya. Terima kasih di atas kebijaksanaan dalam memberi nasihat dan kebaikan yang disampaikan serta persahabatan ini.

“Takziah buat isteri dan keluarganya. Mendiang menunjukkan kepada saya bagaimana untuk menjalani kehidupan yang baik,” tulisnya di media sosial berkenaan.

BACA JUGA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia 

Salah seorang pelakon Brooklyn Nine-Nine, Marc Evan Jackson turut memuat naik gambarnya bersama mendiang.

“O Kapten. Kapten saya,” tulis Jackson yang memegang watak sebagai Kevin.

Penerbit Filem, Prentice Penny yang juga pengarang Brooklyn Nine-Nine turut berkongsi kenangannya bersama Braugher sewaktu di set. Menurut Penny, dia menyifatkan mendiang seorang yang peramah.

Karier Andre Braugher

Gambar: Instagram Andre Braugher

Untuk makluman, Andre Braugher memulakan kariernya dalam bidang lakonan menerusi drama NBC Homicide: Life on the Street yang bersiaran dari tahun 1992 hingga 1998. Dalam drama ini, Braugher memegang watak sebagai Detektif Frank Pembleton.

Mendiang terus dikenali ramai selepas turut membintangi Brooklyn Nine-Nine sebagai Kapten Raymond Holt sepanjang lapan musim.

Braugher berjaya merangkul dua Anugerah Pilihan Pengkritik bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik dalam siri komedi tersebut dan tercalon sebanyak empat kali dalam Anugerah Emmy.

Mendiang baru-baru ini membintangi drama dalam She Said dan turut memegang watak seorang peguam, Ri’Chard Lane dalam musim terakhir The Good Fight.

Braugher meninggalkan seorang balu, Ami Brabson bersama tiga anak lelaki mereka iaitu, Michael, Isaiah dan John Wesley.

Sumber: The Guardian

The post Pelakon Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*