Nyanyian Runtun Hati Ramai, Penyanyi Cacat Penglihatan Raih “Golden Buzzer” Di AGT

putri ariani golden buzzer

Nyanyian Runtun Hati Ramai, Penyanyi Cacat Penglihatan Raih “Golden Buzzer” Di AGT

AMERIKA SYARIKAT —  Penyanyi cacat penglihatan Indonesia, Putri Ariani atau nama sebenar Ariani Nisma Putri, 17, mencipta sejarah apabila meraih Golden Buzzer (Butang Emas) dalam rancangan pencarian bakat America’s Got Talent (AGT) semalam.

Memetik CNN Indonesia, Golden Buzzer itu diberikan sendiri oleh salah seorang juri, Simon Cowell selepas remaja tersebut menyanyikan dua lagu sambil bermain sebuah piano di atas pentas.

“Saya tahu, kita semua merasakan perkara yang sama, Dia baru berumur 17 tahun, menulis lagu sendiri. Dia juga mempunyai suara yang sangat unik dan sangat-sangat-sangat bagus.

“Saya tidak tahu sama ada ini mungkin akan mengubah impian awak atau tidak. Nah ini dia,” kata Simon yang terus menekan butang emas di atas meja.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by America’s Got Talent – AGT (@agt)

Putri Ariani Layak Ke Peringkat Seterusnya AGT 2023

Sementara itu, Putri kelihatan terharu dan menangis kegembiraan dengan pencapaian yang diperolehinya. Pemberian tersebut secara tidak langsung melayakkannya ke separuh akhir rancangan pencarian bakat itu bagi musim ke-18.

Dalam pada itu, penonton di dalam studio juga tidak henti-henti memberikan sorakan dan tepukan gemuruh terhadap gadis berusia 17 tahun tersebut.

Gambar: America’s Got Talent

Mampu Merangkul Grammy

Turut memberikan komen tentang persembahan menakjubkan Putri, salah seorang juri AGT, Heidi Klum. Beliau percaya bahawa penyanyi tersebut mampu mendapatkan gelaran Grammy pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian menerusi satu ciapan di Twitter.

BACA JUGA: Jangan Beli Baharu, Rupanya Kena Tukar Ni Je Kalau “Button” Periuk Nasi Rosak

“Cerita yang sangat menginspirasikan. Suara yang sangat luar biasa. Saya dapat melihat Grammy di masa depan seorang Putri,” tulisnya dalam satu tweet hari ini.

Cowell Berlari Naik ke Pentas

Gambar: America’s Got Talent

Sewaktu di pentas AGT, Putri menyanyikan dua buah lagu. Lagu pertama ialah Loneliness yang diciptakan sendiri olehnya.

Sejurus tamat lagu pertama, Simon Cowell terus menerpa penyanyi itu dan memintanya menyanyikan satu lagi lagu, Sorry Seems to Be the Hardest Word yang dipopularkan oleh Elton John.

Kedua-dua lagu yang dinyanyikan itu mendapat tepukan gemuruh bahkan ada yang sehingga menitiskan air mata.

Bercita-cita Melanjutkan Pelajaran Ke Kolej Muzik

Gambar: America’s Got Talent

Sewaktu ditemubual di belakang pentas, Putri memberitahu bahawa dia mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah muzik. Penyanyi itu juga mengidolakan Whitney Houston.

“Cabaran terbesar saya ialah orang selalu tengok saya sebagai seorang buta, bukan seorang penyanyi. Tetapi apabila saya menyanyi, saya berasa seperti seorang superstar.

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang diva besar seperti Whitney Houston dan memenangi Anugerah Grammy.

“Saya kini berusia 17 tahun dan belajar di sekolah menengah. Tetapi saya mengimpikan untuk melanjutkan ke sekolah muzik untuk program kolej saya,” kata Putri dalam klip video yang disiarkan di YouTube AGT.

Putri Ariani AGT 2023
Gambar: America’s Got Talent

Juara Indonesia’s Got Talent

Terdahulu, Putri Ariani muncul sebagai pemenang rancangan Indonesia’s Got Talent 2014.

Sejak itu, kariernya dalam industri nyanyian semakin bersinar menerusi beberapa siri karya yang diterbitkan secara solo atau berkolaborasi dengan penyanyi.

BACA JUGA: Kekal Berkilat, Ini 3 Tips Jaga Cat Kereta

Pada Sukan Para Asia 2018, dia merupakan salah seorang penyanyi yang mengambil bahagian dengan menyanyikan lagu berjudul Song of Victory di temasya berkenaan.

Antara album yang dihasilkan olehnya seperti Untuk Ayah, Sakit, Kesepian, Kau Sentiasa Ada, Banyak Erti Cinta, Menunggu Kau Kembali, Kepadamu Lagi.

Bukan itu sahaja, Putri juga telah berjaya menghasilkan album penuh bertajuk Seeing with Heart yang dikeluarkan pada 16 Oktober 2020 menerusi Satrio Piningit Records.

Sumber: Cnn Indonesia

The post Nyanyian Runtun Hati Ramai, Penyanyi Cacat Penglihatan Raih “Golden Buzzer” Di AGT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*