fbpx

Hans Isaac Diumum Sebagai Presiden Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Baharu

hans isaac perbadanan stadium malaysia

Hans Isaac Diumum Sebagai Presiden Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Baharu

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantikan Datuk Hans Isaac sebagai pengerusi baru Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada 7 Jun 2023, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap agar perlantikan Hans bersama 15 anggota lain dapat memberikan impak yang positif.

Antara misi yang bakal dipegang adalah memastikan halatuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan (self-sustainable), mengamalkan pengurusan dan petadbiran korporat yang baik, memberrikanperkhidmatan yang efisien dan profesional kepada semua pihak serta mempromosikan fasiliti PSM untuk kegunaan awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

Pelantikan bagi penggal 2023-2025 itu menampilkan anggota perbadanan PSM yang terdiri daripada lima ahli wanita.

Penglibatan kaum wanita ini telah merangkumi 31.25 peratus keahlian bagi badan berkenaan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi bersama-sama pengurusan kanan dan anggota PSM akan berusaha dalam menginovasi pendekatan terhadap industri pengurusan fasiliti untuk semua pihak.

Pencapaian Hans Isaac dalam bidang seni

Terdahulu, Hans merupakan presiden Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 2018. Beliau telah dilantik oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada ketika itu.

Pada 23 Mei 2020, Datuk Hans Isaac telah meletakkan jawatan sebagai presiden FINAS susulan kontraknya bersama pihak berkenaan telah tamat.

Ketika wabak COVID-19 melanda Malaysia pada 2020, beliau telah mengembalikan elaun dan gajinya sebagai presiden pertubuhan tersebut sepanjang perkhidmatan selama 13 bulan.

Beliau berbuat demikian adalah untuk membantu golongan penggiat seni, khususnya artis dan kru yang terjejas akibat pandemik tersebut.

“Jadi, sekarang apabila sudah tidak berada dalam agensi itu, saya akan pulangkan semua kepada industri dengan membantu golongan pekerja belakang tabir seperti jurukamera, ‘runner’, jurusolek dan sesiapa saja yang terbabit.”

Selain bergiat aktif dalam dunia korporat, Hans Isaac juga dikenali dalam dunia seni. Beliau merupakan seorang pelakon, penerbit,  pengarah dan lain-lain lagi.

Namun pada 2021, Hans telah mengumumkan berita persaraan dari dunia lakonan selepas berkecimpung selama 25 tahun.

Memetik Astro Awani, Hans menyatakan rasa syukur kerana sepanjang berada di dalam industri, kerjayanya direstui ramai walaupun pada mulanya lakonan bukanlah kerjaya yang diminatinya.

Hans memulakan kerjaya lakonannya pada 1995, ketika berusia 22 tahun menerusi filem Ringgit Kasorrga.

Antara filem yang pernah dibintangi Hans adalah Baik Punya Cilok (2005), Tipu Kanan Tipu Kiri (2006) dan Misteri Jalan Lama (2011).

BACA: Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk

Sumber: Stadium Astro

The post Hans Isaac Diumum Sebagai Presiden Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*