One Piece Odyssey Akhirnya Dilancarkan, “Game” RPG Baharu Bertemakan Pengembaraan Topi Jerami

One Piece Odyssey Akhirnya Dilancarkan, “Game” RPG Baharu Bertemakan Pengembaraan Topi Jerami

Nama siri anime One Piece sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta-pencinta anime di seluruh dunia. Kini, populariti kumpulan lanun muda dipimpin Monkey D. Luffy yang bercita-cita mahu menjadi Raja Lanun itu tidak lagi terhad melalui manga dan anime sahaja.

Terbaru, Bandai Namco tampil melancarkan permainan konsep RPG bertemakan One Piece, sekaligus menamatkan penantian seluruh peminat anime tersebut. Diberi nama One Piece Odyssey, permainan berkenaan dilancarkan untuk platform konsol terlebih dahulu iaitu untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Windows dan Xbox Series X/S pada 13 Januari lepas.

Pelancaran permainan tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh banyak pihak memandangkan One Piece sudah sekian lama dianggap sebagai muka depan genre shonen anime berdekad-dekad lamanya.

Dibina berdasarkan siri manga yang diperkenalkan pada tahun 1997 oleh Eiichiro Oda itu, One Piece Odyssey menampilkan permainan pengembaraan Luffy dan kru Mugiwara Pirates mencari harta karun legenda, “One Piece”.

Permainan ini menggabungkan visual gaya anime dengan mekanik RPG yang mendalam serta permainan pengembaraan berasaskan penerokaan. Para pemain pula dihidangkan dengan cabaran untuk melengkap sembilan bab permainan dan boleh mengakses rekod permainan pada penghujung setiap bab.

Berdasarkan reaksi komuniti permain permainan konsul, aspek permainan One Piece Odyssey boleh dibandingkan dengan siri J-RPG, Dragon Quest.

Setakat ini, One Piece Odyssey turut mendapat ulasan yang positif daripada pengkritik dengan memberikan skor yang tinggi kepada permainan tersebut. Pada platform Steam, permainan tersebut mendapat rating 9/10 dan IGN pula memberikan rating 7/10.

Di laman web The Metacritic, Odyssey bagaimanapun mendapat markah sederhana iaitu hanya 76% yang boleh dianggap sebagai skor yang baik sahaja.

Sumber: EssentiallySports.com

The post One Piece Odyssey Akhirnya Dilancarkan, “Game” RPG Baharu Bertemakan Pengembaraan Topi Jerami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*