OPS Gegar: Bouncer Kelab Ditahan Bersama GRO & Pelanggan

bouncer ditahan bersama gro

IPOH, 11 Jan (Bernama) — Cubaan seorang lelaki tempatan dipercayai “bouncer” menghalang operasi Jabatan Imigresen Perak dalam Ops Gegar mengundang padah apabila ditahan dalam serbuan pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Negeri Perak Hapdzan Husaini berkata serbuan Ops Gegar yang diadakan pada pukul 1.25 pagi itu pihaknya telah menahan lelaki berumur 34 tahun itu selain 27 individu termasuk 22 wanita dipercayai pelayan pelanggan warganegara asing.

“Ia melibatkan 10 wanita warganegara China, 11 wanita Vietnam dan seorang wanita Thailand selain lima lelaki Bangladesh.

Kehadiran Pegawai Operasi di lokasi menyebabkan mereka berlari bersembunyi di belakang pintu dan pegawai tersebut berdepan dengan detik cemas apabila seorang lelaki warganegara Malaysia cuba menghalang pergerakan masuk pegawai dengan menahan pintu masuk dari sebelah dalam premis.

“Walaubagaimanapun, Pegawai Operasi berjaya mengawal keadaan dengan menahan mereka daripada meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Sumber: BERNAMA

The post OPS Gegar: Bouncer Kelab Ditahan Bersama GRO & Pelanggan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*