Oyen Buat Hal Lagi, Kena Puji Dulu Baru Nak Makan

Kena puji baru nak makan

Oyen Buat Hal Lagi, Kena Puji Dulu Baru Nak Makan

Kucing merupakan sejenis haiwan yang sering menjadi pilihan kepada penggemar haiwan kesayangan.

Siapa sahaja yang tidak suka kepada haiwan berbulu ini yang comel dan pandai mendengar kata kan?

Disebabkan telatahnya yang bijak, haiwan ini juga sering menjadi pilihan bagi mereka yang hidup kesunyian untuk dijadikan sebagai peneman.

Kalau di negara kita, kucing berwarna oren atau dipanggil ‘Oyen’ sering digelar sebagai abang kawasan kerana sifatnya yang sedikit nakal dan ganas.

Oyen juga sering menjadi perhatian ramai kerana suka melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan.

Seperti di dalam video yang tular baru-baru ini, di mana kucing berwarna oren dilihat tidak mahu makan selagi ia tidak dipuji oleh tuannya.

Perkongsiaan itu telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @kucingpetani.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik kucing berkenaan berkata bahawa kucing itu perlu dipuji terlebih dahulu sebelum ia mahu makan.

Kredit TikTok

“Ini guys tidak mahu makan kalau tidak dipuji. Walaupun kita duduk di sini setengah hari bagi dia makan, dia tidak akan makan,” kata pemilik oyen tersebut.

Disebabkan tingkah laku kucing itu, lelaki itu pada akhirnya telah bertindak memuji kucing tersebut untuk menyuapnya makan.

“Ei kacaknya kau, bulunya bermotif, tidak ada pori-porinya, mancung. Sering viral videonya, berotot,” puji lelaki berkenaan terhadap si Oyen tersebut.

Lepas puji kena suap pula

Seperti apa yang dikatakan oleh lelaki itu, si Oyen yang dipuji tersebut akhirnya baru mahu makan makanan yang disuap olehnya.

Kredit TikTok

Kucing itu dengan perlahan menjamah makanan yang disuap lelaki itu ke mulutnya satu persatu.

Perkongsian video itu telah mengundang pelbagai komen daripada pengguna media sosial tersebut. Mereka juga telah meninggalkan komen mereka berkenaan gelagat kucing tersebut.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Berapa banyak masa diperlukan untuk tunggu dia makan. Kurang ajar. hahahah. Kucing turun dari kayangan ini,” tulis seorang netizen yang terhibur dengan gelagat kucing berkenaan.

“Oyen tak pernah tak buat hal,” tulis seorang lagi netizen.

“Dah puji, makan pun bersuap,” tulis seorang lagi netizen yang terhibur dengan video tersebut.

@kucingpetani

KUCING INI TAMBAH HAUS PUJIAN #fypシ #xciba #pypシ #videokucingcomel #videokucingcomel

♬ suara asli – KUCING PETANI – KUCING PETANI

Sumber: TikTok/@kucingpetani

The post Oyen Buat Hal Lagi, Kena Puji Dulu Baru Nak Makan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*