Apa Susah Sangat Nak ‘Plan’ Bercuti Dengan Kawan? Mungkin Tak Jumpa 7 Tempat Ni lagi

'Plan’ Bercuti Dengan Kawan

Apa Susah Sangat Nak ‘Plan’ Bercuti Dengan Kawan? Mungkin Tak Jumpa 7 Tempat Ni lagi

Korang pun mesti pernah buat perancangan awal nak pergi jalan-jalan atau bercuti dengan kawan-kawan. Sudahnya bila dah dekat waktu nak pergi tu, ada saja yang tarik diri dengan pelbagai alasan dan keseluruhannya rancangan tersebut gagal. Jangan tipu, ramai yang pernah alami perkara sebegini sehinggakan ada yang katakan ‘malas nak plan awal-awal, nanti tak jadi jugak’

Oleh itu, ada yang ambil keputusan untuk gunakan konsep ‘otak seminit’ bila nak ajak kawan-kawan bercuti. Hanya perlu ajak dengan kadar segera dan terus gerak menuju destinasi tanpa perlu menunggu sesuatu tarikh yang dirancangkan.

Tapi kan, bila difikirkan balik, apa sebab tak jadi eh bila ‘plan’ dengan kawan-kawan? Apa yang susah sangat?

Nak salahkan kawan yang tarik diri pun tak boleh, sebab kadang-kadang kita sendiri pun tarik diri atas alasan yang tak dapat dielakkan. Mungkin, bila sesuatu rancangan itu tak berhasil disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah lokasi percutian itu yang jauh, kekangan bajet kewangan yang agak tinggi, bosan asyik ‘check in’ hotel sahaja, ataupun rancangan yang masih tertumpu di dalam kota yang sibuk. Jadi, kalau korang nak rancang bersama rakan, pastikan dapat selesaikan dan bersedia dengan segala faktor ini dulu.

Tukar angin dari hotel ke perkhemahan

Kalau biasanya pergi bercuti akan ‘check in’ hotel dan sudah muak, apa kata tukar angin untuk buat rancangan berkhemah bersama rakan-rakan pula. Bagi sesetengah orang, pengalaman berkhemah adalah baru di dalam hidupnya, jadi agak sukar untuk batalkan rancangan di saat akhir kerana sudah teruja. Apa yang menarik, bila berkhemah, korang akan lebih dekat dengan alam semula jadi, dan dapat lari daripada kesibukan kota dengan tenang.

'Plan’ Bercuti Dengan Kawan

'Plan’ Bercuti Dengan Kawan

Lebih berbaloi, waktu bersama rakan-rakan juga akan lebih banyak terluang dan banyak memori yang akan diingati. Apa tidaknya, bila berkhemah kita akan berkumpul di satu tempat tanpa banyak pergerakan, jadi bolehlah berborak, berkongsi cerita, buat aktiviti dengan alam dan sebagainya.

7 Tempat Perkhemahan boleh dipertimbangkan

Kalau nak berkhemah, bukan sebarang tempat juga korang boleh pergi. Yelah daripada nak berehat bersama alam, tak pasal-pasal kena berkerja keras untuk pastikan keselamatan korang terjamin. Sebab itu bila nak pilih kawasan perkhemahan, korang boleh pertimbangkan 7 tempat perkhemahan ini.

7 tempat yang dimaksudkan adalah terletak di 7 Kem Wawasan Negara yang menawarkan Perkhemahan Rahmah. Jadinya, korang tak perlukan perbelanjaan yang tinggi dan hanya perlu bayar sekitar RM10-RM20 sahaja. Lebih menarik, korang boleh pacak khemah di tepi sungai lagi. Jangan juga risau kalau korang fikir lokasi tapak perkhemahan ini jauh dengan tempat tinggal, kerana 7 kawasan tersebut meliputi di seluruh Malaysia. Jadi, korang boleh buat pilihan untuk ke Kem Wawasan yang terdekat.

'Plan’ Bercuti Dengan Kawan

'Plan’ Bercuti Dengan Kawan

'Plan’ Bercuti Dengan Kawan

Perkhemahan Rahmah di 7 Kem Wawasan Negara

Perkhemahan Rahmah melalui 7 Kem Wawasan Negara ini merupakan inisiatif dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi merakyatkan fasiliti kementerian dan memberikan manfaat kepada semua orang tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan negara.

Menurut Menteri KBS Hannah Yeoh, inisiatif ini dijana oleh Rakan Muda yang menjadi platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan dalam kalangan belia. Tambahnya, tujuan pelaksanaan Perkhemahan Rahmah ini adalah untuk merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah di samping dapat meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak hanya dengan itu, Perkhemahan Rahmah ini secara tidak langsung dapat memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance) terutamanya bagi menenangkan fikiran daripada tekanan di tempat kerja. 

Aspek Keselamatan Terjamin, SOP Disediakan

Bagi yang ada rancangan untuk menyertai Perkhemahan Rahmah, tapi risau akan aspek keselamatan keluarga dan rakan-rakan, korang sudah boleh menarik nafas lega kerana perkhemahan Rahmah di tujuh Kem Wawasan Negara mempunyai Standard Operation Procedure (SOP) yang dititik beratkan dan pastinya aspek keselamatan menjadi tunjang utama.

Lebih menyakinkan, SOP dan aspek keselamatan tersebut mendapat kerjasama dan kolaborasi strategik dengan SUK, Bomba serta Pejabat Kesihatan Negeri.

Jadi, untuk korang yang selalu buat rancangan nak bercuti bersama rakan dan selalu tak menjadi, dah boleh pertimbangkan untuk aktiviti perkhemahan pula. Lagipula boleh menjimatkan kos korang di samping aspek keselamatan juga terjamin.

Bukan hanya untuk bersama rakan-rakan, korang juga boleh mengajak ahli keluarga untuk menyertai Perkhemahan Rahmah melalui 7 Kem Wawasan Negara. Kalau korang nak tahu dengan lebih terperinci, boleh layari sosial media KBS atau di Facebook KBS dan Instagram KBS.

'Plan’ Bercuti Dengan Kawan

The post Apa Susah Sangat Nak ‘Plan’ Bercuti Dengan Kawan? Mungkin Tak Jumpa 7 Tempat Ni lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*