PAS Larang Ahli Buat Kenyataan Umum Berkaitan Urusan Dalaman Parti

pas larang ahli buat kenyataan umum

PAS Larang Ahli Buat Kenyataan Umum Berkaitan Urusan Dalaman Parti

SEMUA ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dilarang untuk membuat sebarang kenyataan umum berkaitan urusan dalam parti dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada melalui media, video mahupun audio.

Demikian arahan tegas diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan termasuklah kenyataan berhubung kait hal-hal berkaitan calon pilihan raya.

“Dalam hal ini setiap ahli perlu ingat bahawa proses pemilihan calon mewakili PAS bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri dibuat mengikut ketetapan dan peruntukan yang jelas dalam Perlembagaan PAS, bukannya atas desakan, tekanan atau pengaruh mana-mana pihak.

“Ia perlu melalui banyak peringkat merangkumi Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jabatan Pilihan Raya PAS dengan mengambil kira pandangan organisasi PAS di semua peringkat,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sehubungan itu, Takiyuddin menjelaskan bahawa sebarang kenyataan berupa sedemikian yang khususnya membawa risiko sokongan kepada PAS mahupun Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan segera.

Ia adalah bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang terpaksa dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib PAS kepada individu atau pihak berkenaan.

Tambah Takiyuddin, sebaliknya jika wujud sebarang persoalan mahupun pertikaian hal-hal dalaman parti, ia perlu dibawa dan diselesaikan mengikut saluran parti.

“Sebagai sebuah parti arus perdana, PAS bersama-sama rakan-rakan gabungan dalam PN yakin akan terus diberikan mandat oleh rakyat dalam PRN ini untuk terus mara berkhidmat kepada negara da rakyat jelata di peringkat negeri dan negara,” tambahnya lagi.

Sumber: Kenyataan media PAS

The post PAS Larang Ahli Buat Kenyataan Umum Berkaitan Urusan Dalaman Parti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*