PAS Tidak Ada Masalah Kerjasama Dengan Tun M – Takiyuddin

pas kerjasama tun m

Pas Tidak Ada Masalah Kerjasama Dengan Tun M – Takiyuddin

Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpandangan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk laporan Sinar Harian, parti tersebut secara terbuka memilih untuk melakukan kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama.

“Kita (PAS) sebahagian daripada PN (Perikatan Nasional)… bila pengerusi PN kata (sedia kerjasama), kita (PAS) siap kerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat sama untuk kestabilan negara, kestabilan ekonomi… tak ada masalah.

“Termasuk Tun (Dr Mahathir)…dia adalah negarawan,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian selepas mengulas mengenai kenyataan Mahathir berkaitan kerjasama dengan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menyifatkan langkah Mahathir untuk melakukan kerjasama semula adalah perkara yang baik.

Jelas beliau, jalinan tersebut sekali gus memberi kekuatan kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Walau bagaimanapun, hasrat tersebut belum dipanjangkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

“Bukan setakat hadapi PRN…”

Dalam pada itu, Takiyuddin turut menjelaskan kerjasama yang dijalin nanti bukan setakat untuk menghadapi PRN.

Tambahnya, Mahathir dan PAS mempunyai hubungan baik.

“Jika dilihat semula, PAS sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Tun.

“Semasa beliau jadi Perdana Menteri bersama PH (Pakatan Harapan) dulu pun… malahan PAS pernah buat kenyataan untuk menyokong usul undi percaya terhadap Tun,” ujarnya.

BACA: Annuar Musa Dah Isi Borang Pas – Takiyuddin

Tun Mahathir Sedia Jalin Kerjasama Semula Bersama Muhyiddin

Baru-baru ini, media melaporkan, Mahathir bersedia untuk menjalinkan kerjasama bersama Muhyiddin semula, jika mempunyai matlamat sama yang ingin dicapai, lapor Awani.

Beliau kemudian menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu diketengahkan jika kerjasama itu terbentuk.

Ujarnya, selain menolak individu yang mempunyai rekod rasuah atau salah laku jenayah, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu juga perlu dijadikan matlamat utama.

“Kita hendak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa.

“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow di Putrajaya pada Rabu lalu.

Sumber: Sinar Harian

The post PAS Tidak Ada Masalah Kerjasama Dengan Tun M – Takiyuddin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*