Patut Dipuji, Penyokong Harimau Malaya Bersihkan Stadium Lepas ‘Match’ Semalam

penyokong harimau malaya bersihkan stadium

Malaysia baru sahaja berentap dengan seteru negara jiran, Thailand dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil pada semalam dengan mencatatkan kemenangan tipis 1-0.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebelum ini memuat naik satu tweet yang menyeru penyokong Harimau Malaya supaya memastikan stadium ditinggalkan dalam keadaan bersih selepas tamat perlawanan.

Menurut beliau, secara tidak langsung perkara ini dapat mengurangkan kos pembersihan pasca perlawanan.

“Malam ini saya menyeru semua penyokong Harimau Malaya untuk memastikan stadium bersih sebelum pulang. Kos pembersiahn kurang, kos penganjuran juga akan lebih terkawal.

“Stadium Nasional adalah rumah kita. Sama-sama kita jaga dengan cermat,” maklumnya.

Rakyat Malaysia jadi hero, kutip sampah bersihkan stadium

Siapa sangka rakyat Malaysia telah mempraktikkan amalan ini pada pada aksi Malaysia menentang Thailand yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Dalam video yang disiarkan oleh Siakap Keli, ia memperlihatkan para penyokong bergotong-royong membersihkan kawasan tempat duduk di stadium tersebut.

Seperti yang diketahui, amalan ini memang seharusnya dipraktikkan oleh penyokong bola sepak tidak kira di mana pun perlawanan itu berlangsung.

Hal ini kerana, sikap sedemikian akan mencerminkan identiti negara sekiranya kita menonton bola di luar negara. Justeru, budaya ini perlu dipupuk agar kebersihan di negara sentiasa terjaga

Video yang berdurasi 14 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak 49,000, 3,208 tanda suka dan 258 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

Daripada sudut lain, situasi ini mengingatkan kita kembali dengan tindakan penyokong-penyokong Jepun yang sudi mengutip sampah di stadium selepas tamat perlawanan ketika kejohanan Piala Dunia Qatar tahun lepas.

@thesiakapkeli

Gi stadium untuk support dah bagus. Tapi jangan lah tinggal sampah. Harap lepas ni lagi ramai rakyat Malaysia kutip sampah sama-sama lepas perlawanan ✌🏼 #HarimauMalaya #Malaysia #Thailand #Stadium #BolaSepak #affmitsubishielectriccup2022 #BukitJalil #fyp #viral #2023

♬ original sound – HarimauMalaya – 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙢𝙖𝙪 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙖

Umun ketahui, kemenangan Harimau Malaya menentang Thailand semalam membuktikan bahawa pasukan kendalian Kim Pan Gon mampu memberi saingan sengit dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF Mitsubishi Electric Cup).

Imbas kembali perlawanan semalam, Malaysia berjaya menundukkan Thailand di laman sendiri dengan kemenangan 1-0 sekali gus meletakkan Malaysia dengan kelebihan gol.

Penyerang, Faisal Halim meledakkan gawang Thailand dengan jaringan tunggal seawal minit ke-11 perlawanan itu berlangsung.

Difahamkan, pasukan Malaysia kini sudah berada di Thailand untuk aksi timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Thammasat pada Selasa (10 Januari) jam 8:30 malam.

Sumber: Siakap Keli | Tiktok

The post Patut Dipuji, Penyokong Harimau Malaya Bersihkan Stadium Lepas ‘Match’ Semalam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*