Teringin Tengok Salji, Lelaki Thailand Nekad Tunggang Motor Ke China

lelaki nekad tunggang motor

Teringin Tengok Salji, Lelaki Thailand Nekad Tunggang Motor Ke China

Seorang lelaki muda daripada wilayah Surin, Thailand telah mengembara sejauh 2,589 kilometer semata-mata ingin melihat salji di China.

Lelaki Thai yang dikenali sebagai Pan Kaewplang itu dilaporkan telah menghabiskan perjalanannya dari Thailand ke China dengan menunggang motosikal model Honda Wave sahaja.

Memetik laporan Thaiger, lelaki tersebut telah memulakan perjalanannya pada 17 Mac lepas.

Misi perjalanan untuk melihat salji di China itu mengambil masa kira-kira tujuh hari untuk sampai ke destinasi yang ditujunya.

Pan Kaewplang telah merekodkan segala pengalaman berkenaan pengembaraannya  itu di laman Facebook miliknya.

Dalam hantaran di Facebook, beliau telah berkongsi kisah perjalanan yang luar biasa, termasuk pengalamannya melihat salji buat kali pertama serta kebolehan motosikalnya mengharung pelbagai bentuk muka bumi yang mencabar bagi menyelesaikan misi ini.

Hantarannya telah meraih perhatian warga maya yang masing-masing menunjukkan rasa kagum dan memberikan kata-kata semangat buatnya.

Malah, ada segelintir warga maya yang turut menyatakan hasrat untuk menjalani pengembaraan yang serupa pada masa yang akan datang.

Pan, merupakan anak kepada DJ Thailand, Pisee Kaewplang telah menamakan motosikalnya dengan nama ‘Hao Dong’.

Beliau telah memulakan perjalanannya dari Surin dengan impian yang lebih besar berbanding jarak perjalanan yang bakal dihadapinya.

Pan bersama rakan-rakannya meninggalkan wilayah Surin dan menuju ke pintu sempadan Chong Chom pada 17 Mac.

Mereka telah menunggang motosikal melalui Laos untuk menuju ke China. Pengembaraan yang mengambil masa kira-kira tujuh hari itu memerlukan ketabahan dan keazaman, lapor KhaoSod.

Terdahulu, seorang lelaki British telah menamatkan larian amalnya untuk mengutip dana bagi anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di Thailand.

Beliau telah melakukan larian daripada bahagian utara Thailand sehingga ke daerah yang terletak di selatan negara tersebut.

Lelaki tersebut difahamkan telah melancarkan projek amalnya, Run Thailand iaitu larian amal sejauh 2,100 kilometer (km) pada awal tahun ini.

Hasil derma akan disalurkan pada rumah-rumah anak yatim dan katering sekolah buat anak-anak yang kurang bernasib baik.

BACA: Setiap Bahan Ada Maksud Tersendiri, Ini Falsafah Sebalik Hidangan Rendang

Sumber: Thaiger 

The post Teringin Tengok Salji, Lelaki Thailand Nekad Tunggang Motor Ke China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*