Pemandu Lori Pandu Lawan Arus Di Linkedua Sehingga Sebabkan Kemalangan Ditahan

Pemandu Lori Pandu Lawan Arus Di Linkedua Sehingga Sebabkan Kemalangan Ditahan

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) — Seorang pemandu lori dipercayai memandu melawan arus di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua, Iskandar Puteri sehingga menyebabkan kemalangan, ditahan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusia 41 tahun yang didapati di bawah pengaruh alkohol itu, ditahan pada pukul 4.40 petang tadi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata terdahulu pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah lori dengan dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera kira-kira 4.30 petang.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Apabila sampai di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke Selatan, pemandu lori berkenaan telah terlepas susur ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Pemandu lori itu memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur Pelabuhan Tanjung Pelepas,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Rahmat berkata lori yang dipandu di lorong paling kanan melawan arus dan bertembung dengan dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Nissan Almera, yang berada di laluan tersebut.

Rahmat berkata pemandu kereta Mercedes Benz yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki, dibawa untuk rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial berdurasi 50 saat menunjukkan sebuah lori yang dipandu melawan arus di Linkedua.

— BERNAMA

BACA: Ini Tujuh Punca Brek Lori Gagal Berfungsi, Apa Yang Harus Dilakukan?

Sumber: Bernama

The post Pemandu Lori Pandu Lawan Arus Di Linkedua Sehingga Sebabkan Kemalangan Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*