Tembusi Pawagam Jepun, Mechamato Movie Raih Pujian

mechamato movie jepun

Tembusi Pawagam Jepun, Mechamato Movie Raih Pujian

Filem animasi Malaysia, Mechamato Movie meraih pujian daripada rakyat Jepun apabila ramai memberikan maklum balas positif selepas menontonnya ketika tayangan perdana filem itu baru-baru ini.

Menerusi laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, tayangan perdana Mechamato Movie versi Jepun itu diadakan di Chofu yang terkenal sebagai cinema town.

“Sejujurnya saya juga tidak menyangka versi Jepun rasanya sebegitu ‘umph’ sekali. Pelakon suara juga on point. Peminat anime pasti akan faham perasaan saya jika dapat melihat versi Jepun,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, dia turut berkongsi gambar bertemu dengan pelakon suara Mara (Emiri Kato), Pian (Ryoko Shiraishi) dan Ruka yang merupakan penyanyi bagi lagu tema filem animasi itu.

tembusi pawagam jepun mechamato
Gambar: Laman Facebook Nizam Abd Razak

Selain itu, dia juga memuat naik beberapa review dari Tayangan Perdana Mechamato Movie.

“Memandangkan ia adalah prekuel kepada siri TV, ia mudah untuk diterima walaupun menonton untuk kali pertama. Sebagai animasi robot untuk kanak-kanak, ia sangat menyeronokkan.

“Filem ini berjaya menarik minat kanak-kanak selama dua jam, panggung wayang juga dipenuhi oleh mereka,” ulas seorang penonton di Jepun

BACA: Mechamato Movie Promosikan Budaya Malaysia, Di Peringkat Global Pada 2023

“Filem ini menyasarkan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut diselitkan elemen mendidik dengan mesej mendalam. Tak hairan ia dapat sambutan hebat di Malaysia. Tolong tonton filem ini,” ujar seorang lagi penonton.

tembusi pawagam jepun mechamato
Gambar: Nizam Razak
tembusi pawagam jepun mechamato
Gambar: Nizam Razak
Gambar: Nizam Razak

Rata-rata komen di laman Facebook Nizam Abd Razak dibanjiri ucapan tahniah dari rakyat Malaysia. Hasil kerja syarikat Monsta serta Astro Shaw Sdn Bhd membuatkan rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian ini. Dalam pada itu, ia juga memberi sumber inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana.

Mechamato Movie akan ditayangkan secara rasmi bermula 19 Januari di rangkaian pawagam terbesar di Jepun, AEON Cinema.

BACA JUGA: Peminat Mechamato Indonesia Datang Melaka Lawat ‘Kota Hilir’ Sebenar, “Teruja Sampai Nangis”

Sumber: Facebook Nizam Abd Razak

The post Tembusi Pawagam Jepun, Mechamato Movie Raih Pujian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*