Pembinaan Masjid Changlun Diteruskan, Tambahan Peruntukan RM3.07 Juta – PM Anwar

pembinaan masjid changlun

PEMBINAAN MASJID CHANGLUN DITERUSKAN, TAMBAHAN PERUNTUKAN RM3.07 JUTA – PM ANWAR

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Kerajaan bersetuju meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan RM3.07 juta, menjadikan keseluruhan kos pembinaan rumah ibadat itu berjumlah RM5.77 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

“Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang antara semua negeri di negara ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut mengulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

“Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Sumber: BERNAMA

The post Pembinaan Masjid Changlun Diteruskan, Tambahan Peruntukan RM3.07 Juta – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*