Pemilik Syarikat Pengimport Beras Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu RM22.7 Juta

pemilik beras tuntutan palsu

Pemilik Syarikat Pengimport Beras Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu RM22.7 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Seorang pemilik syarikat pengimport beras dan rempah ratus mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek membekalkan produk beras kepada Kedah Agro Holding Bhd berjumlah RM22.7 juta, enam tahun lepas.

Tertuduh, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob di sebuah hospital swasta di Klang di mana dia menerima rawatan.

Dia didakwa memberikan tiga set dokumen tuntutan palsu kepada seorang ejen SME Development Bank Malaysia Berhad berkaitan Kemudahan Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i/Kemudahan Pembiayaan Komoditi Murabahah Berputar-i bagi projek membekalkan produk beras itu berjumlah RM22,760,000 yang tidak dilakukan.

BACA JUGA: Kilang Beras Disyaki Sorok 180 Tan Metrik Beras Tempatan Disita

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat SME Development Bank Malaysia Berhad di sini pada 27 Jan serta 1 dan 14 Mac 2017 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rozina, yang menetapkan sebutan kes pada 23 Nov ini, membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Sumber: BERNAMA

The post Pemilik Syarikat Pengimport Beras Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu RM22.7 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*