Peminat Resah, Mungkin Hadap Konsert BLACKPINK Dalam Hujan

konsert blackpink malaysia hujan

Peminat Resah, Mungkin Hadap Konsert BLACKPINK Dalam Hujan

Para peminat kumpulan K-Pop BLACKPINK di Malaysia sudah semestinya tidak sabar menanti hari esok kunjung tiba.

Ini kerana, BLACKPINK dijadualkan akan mengadakan konsert di Bukit Jalil esok hari. Konsert berkenaan adalah sebahagian daripada konsert jelajah dunia, Born Pink World kumpulan berkenaan,

Walau bagaimanapun, keadaan hujan berterusan di Malaysia telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan BLINK (nama kumpulan peminat BLACKPINK) berkenaan situasi konsert esok.

Rata-rata terpaksa menerima hakikat mereka mungkin perlu menikmati konsert berkenaan dalam keadaan basah lencun, sekiranya hujan turun lebat ketika konsert berlangsung.

Untuk makluman, konsert Born Pink World di Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Stadium pelbagai kegunaan berkenaan merupakan antara stadium yang terbesar di dunia serta menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton.

Walau bagaimanapun, keadaan bumbung bahagian padang yang terbuka sudah pasti tidak dapat melindungi penonton dan artis daripada hujan nanti.

konsert blackpink malaysia hujan
Kredit: Twitter

Reaksi BLINK Malaysia mengenai berita hujan berterusan di kawasan konsert

Sebagai peminat yang ingin menkmati persembahan daripada artis kesayangan, sudah semestinya kita mahukan suasana yang selesa, visual yang jelas serta kualiti audio yang mantap.

Jika konsert berkenaan dijalankan dalam keadaan hujan, mata mungkin terganggu dengan titisan air dan telinga pula ‘diusik’ dengan bunyi-bunyi air hujan menimpa bumi. Jadi, ia bukanlah pengalaman konsert yang dimahukan oleh BLINK.

Di pihak artis dan pengurusan pula, konsert yang diadakan  dalam keadaan basah mungkin boleh mengundang risiko tertentu.

Antaranya pentas yang licin boleh mengehadkan pergerakan dan perlatan muzik boleh rosak  jika terkena hujan.

Jadi, tak hairanlah ramai peminat berharap cuaca esok hari memihak kepada mereka dan konsert Born Pink World dapat berjalan lancar.

konsert blackpink malaysia hujan
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Ada juga peminat yang bersifat optimis

Terdapat juga peminat yang sudah melakukan persiapan  awal bagi berdepan dengan cuaca tak menentu ini. Seorang BLINK di Twitter telah membuat ciapan mengenai pengalamannya membeli belah untuk konsert terbabit.

Dalam ciapan tersebut, dia menyertakan sekali foto yang memaparkan barangan persedian untuk mengahadapi cuaca hujan ketika konsert berkenaan seperti baju hujan, beg kalis air dan beberapa stoking.

Tindakan BLINK berkenaan boleh disifatkan seperti sediakan payung sebelum hujan.

Terdahulu, tiket konsert Born Pink World di Malaysia dilaporkan habis dijual dalam masa 30 minit sahaja  selepas penjualan bermula pada 17 November 2022.

Malaysia merupakan salah satu destinasi konsert BLACKPINK iaitu destinasi kelima selepas Thailand, Hong Kong, Arab Saudi dan UAE.

Dibarisi Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo, BLACKPINK mencipta fenomena di seluruh dunia. Antara lagu-lagu rancak yang popular dinyanyikan oleh mereka adalah seperti Kill This Love, How You Like That dan DDU-DU DDU-DU.

BACA: Harga Tiket Konsert BLACKPINK Cecah RM2,000 ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Sumber: Twitter 

The post Peminat Resah, Mungkin Hadap Konsert BLACKPINK Dalam Hujan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*