Pengasuh Warga Indonesia Mengaku Salah Sembunyi Kelahiran Bayi Lelaki

pengasuh bayi lelaki

Pengasuh Warga Indonesia Mengaku Salah Sembunyi Kelahiran Bayi Lelaki

KANGAR, 11 Jan (Bernama) — Seorang pengasuh wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki secara rahsia, pada 21 Dis lepas.

Tertuduh, 28, didapati menyembunyikan kelahiran dengan cara mengebumikan mayat bayi lelaki itu, yang dilahirkannya secara rahsia  di alamat 12A Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara di sini lebih kurang pukul 6.30 pagi.

Dia yang berasal dari Medan, Indonesia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim, didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan yang dilaksanakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali memohon penangguhan mahkamah untuk fakta kes dan hukuman, kerana laporan post-mortem dan DNA yang masih belum selesai.

BACA: Dah Taknak Duduk Flat, Lapan Beranak Pilih Hotel Mewah RM653 Sehari Jadi Rumah

Mahkamah menetapkan 15 Feb depan untuk fakta kes dan hukuman terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Perlis Nurul Hanani Che Nor, memohon mahkamah dapat memberikan jaminan yang rendah kepada anak guamnya, memandangkan tertuduh merupakan ibu tunggal kepada dua anak berumur 4 dan 5 tahun yang dijaga oleh ibunya di Medan.

Mahkamah membenarkan rayuan Nurul Hanani dengan menetapkan jaminan RM8,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Sumber: BERNAMA

The post Pengasuh Warga Indonesia Mengaku Salah Sembunyi Kelahiran Bayi Lelaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*