Penyanyi Ireland, Sinéad O’Connor Meninggal Dunia Pada 56 Tahun

Sinéad O'Connor

Penyanyi Ireland, Sinéad O’Connor Meninggal Dunia Pada 56 Tahun

Penyanyi terkemuka Ireland, Sinéad O’Connor dilapor meninggal dunia, pada usianya 56 tahun, lapor BBC.

Kematian Sinead dimaklumkan oleh ahli keluarganya melalui satu kenyataan yang dibuat pada 26 Julai. Bagaimanapun, punca kematian penyanyi itu tidak didedahkan.

Sinéad merupakan penyanyi terkemuka pada era 90-an dan banyak merakam lagu popular termasuk kolaborasi dengan beberapa kumpulan muzik terkenal pada era tersebut. Lagu berjudul Nothing Compares 2 U yang dilancarkan pada 1990 merupakan antara karya yang membawa namanya dikenali di pentas dunia.

Dia kemudian sekali lagi menggegar dunia muzik apabila mengumumkan telah memeluk Islam pada 2018, seterusnya menukar nama kepada Shuhada’ Sadaqat.

Dalam pada itu, berita pemergian Allahyarhamah turut mendapat perhatian beberapa pemimpin Ireland serta tokoh-tokoh muzik.

Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar dilapor berkata, muzik dan karya-karya nyanyian Allahyarmah akan terus dikenang di seluruh dunia.

Beliau turut menyimpulkan bahawa bakat yang dimiliki penyanyi tersebut tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana pemuzik yang lain.

Manakala Presiden Ireland, Michael D Higgins pula memuji kualiti karya-karya yang diterbitkan oleh penyanyi itu dan menyifatkan Allahyarmah memiliki suara yang unik dan merdu.

“Ireland kehilangan salah seorang komposer, penulis lagu dan penghibur yang paling hebat dan paling berbakat dalam dekad ini pada usianya yang masih muda,” katanya.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Ibu Bapa Bimbang Silibus Sekolah Terlalu Sukar, Hantaran FB Ini Tarik Perhatian Maszlee Malik

Sumber: BBC

The post Penyanyi Ireland, Sinéad O’Connor Meninggal Dunia Pada 56 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*