Perayaan Chap Goh Mei IJM Land Mendapat Sambutan Menggalakkan Dengan Anggaran 20,000 Pengunjung

Perayaan Chap Goh Mei IJM Land menyambut kepelbagaian di Seremban 2 dengan persembahan oleh artis dan selebriti Astro

Seremban, 15 Februari 2023 – Perayaan Chap Goh Mei IJM Land yang telah diadakan di S2 City Park baru-baru ini sah merupakan suatu malam yang tidak dapat dilupakan walaupun dilanda hujan lebat di Seremban. Ukiran senyuman pada wajah setiap pengunjung serta gelak tawa mereka yang memeriahkan lagi suasana menjadi bukti kejayaan acara yang dianjurkan oleh IJM Land Seremban 2 dan Astro sempena menyambut ketibaan Tahun Arnab dengan konsert bertemakan ‘Wang Tu Gold’ yang sungguh mempesonakan.

Setelah menyepi buat seketika, IJM Land kini kembali dengan sambutan Chap Goh Mei dengan menyediakan persembahan dan aktiviti yang sangat dinanti-nantikan. Malam tersebut bermula dengan pertunjukan sihir ilusi yang mengasyikkan, diikuti pelbagai persembahan lain termasuk persembahan gendang 24 musim oleh pelajar-pelajar sekolah SMJK Chan Wa, Seni Mengubah Wajah oleh Agoh Goh, dan tarian singa akrobatik LED.

Aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan termasuk pemberian hadiah istimewa, sesi temu mesra dengan maskot rasmi, The Rabbit, dan teka-teki Cina, yang kesemuanya telah menarik perhatian pengunjung sepanjang malam. Mereka yang awal tiba turut mendapat hadiah perayaan yang terhad sebagai tanda penghargaan.

Encik Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad berkata bahawa pemaju hartanah terkemuka itu sentiasa komited untuk menghayati kepelbagaian penduduk Seremban 2, dan salah satu cara untuk membuktikan komitmen mereka adalah dengan mengadakan sambutan perayaan seperti Sambutan Chap Goh Mei yang ikonik ini. Walaupun terdapat beberapa rintangan yang tidak dapat dielakkan pada tahun lalu, IJM Land kini fokus untuk mewujudkan semula keharmonian kaum di kalangan komuniti dan berazam untuk membiarkan cahaya keharmonian menyala berterusan dengan lebih terang untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Di IJM Land, kami percaya bahawa kami bukan sekadar sebuah organisasi. Kami memahami tanggungjawab kami untuk menuai keamanan dan harmoni di setiap jejak kami, dan acara seperti ini bertujuan untuk mengumpulkan orang ramai di kawasan pembangunan kami untuk menyemarakkan sifat kejiranan. Dengan mengenali satu sama lain, kita dapat sama-sama membawakan impak yang positif kepada jiran, rakan-rakan, dan ahli keluarga,” kata Encik Chai.

“Sambutan Chap Goh Mei telah menjadi acara utama IJM Land dan kami bertekad untuk meneruskan tradisi ini. Setiap tahun, kami berharap untuk menganjurkan sambutan yang terhebat untuk semua di Seremban 2 dan kami berazam untuk memastikan perayaan setiap tahun lebih baik daripada tahun sebelumnya.”

Majlis tersohor ini telah dirasmikan oleh seorang tokoh berpengaruh yang dilahirkan dan dibesarkan di Seremban dan kini merupakan seorang pemimpin masyarakat yang amat dihormati, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia & Ahli Parlimen Seremban. Pesta Chap Goh Mei ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Wong Tuck Wai, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land Berhad dan beberapa tetamu khas lain yang telah meluangkan masa untuk meraikan sambutan istimewa ini dengan warga Seremban.

IJM Land telah mengindahkan malam tersebut dengan hiasan peragaan yang mantap dan instagrammable. 168 arnab hasil buatan tangan eksklusif oleh 100 orang pelajar Art Corridor, di mana pelajar yang paling muda hanya berusia 4 tahun, telah diletakkan di kawasan S2 City Park. Arnab-arnab hiasan ini, yang mengambil masa hampir dua bulan untuk dihasilkan, telah ditempatkan di zon tertentu di sekitar S2 City Park termasuk Candy Zone, Romantic Zone, Chinatown, Illusion World dan Cartoon World.

Hiasan ikonik ini dihasilkan dalam pelbagai saiz yang merangkumi 2 kaki, 3 kaki dan 4 kaki, dengan sejumlah 56 arnab untuk setiap kategori dengan lukisan berbeza mengikuti zon masing-masing. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengambil gambar dengan hiasan arnab yang eksklusif ini, usahlah risau! Arnab-arnab ini akan terus ‘melompat-lompat’ di sekitar City Park sehingga 14 Februari!

Keseluruhan S2 City Park telah dipertingkatkan sejak pandemik yang terus menghasilkan wajah baharu untuk Seremban 2. Tidak lupa akan jambatan, Lovers Bridge, yang merupakan ikonik bagi penduduk Seremban 2, turut dihiasi menjadi lebih elegan dan minimalis.

Sebelum mengakhiri sambutan malam itu, konsert bertemakan ‘Wang Tu Gold’ telah dipersembahkan oleh artis dan selebriti Astro yang berbakat termasuk Vivienne Oon, Phei Yong, Jie Ying dan ramai lagi yang berjaya menawan hati para pengunjung dengan persembahan yang luar biasa. Para pengunjung juga didapati menyanyi bersama-sama sambil menikmati persembahan itu, dan ini menghangatkan lagi suasana malam tersebut!

“Saya percaya bahawa Seremban 2 ditakrifkan oleh sokongan padu yang kami terima daripada komuniti. Sebagai pemaju hartanah yang menghidupkan ruang biasa, kami sentiasa memperingati setiap detik yang diluangkan bersama komuniti sambil menyambut ketibaan tahun baharu dengan matlamat dan objektif yang memanfaatkan semua pihak,” tambah Encik Chai.

Sempena sambutan perayaan Chap Goh Mei, IJM Land turut memperkenalkan program kitar semula, Program KITARecycle dengan kerjasama SWM Environment sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar di samping menggalakkan penduduk Seremban 2 untuk mengamalkan tabiat kitar semula untuk masa depan yang lebih hijau.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Chap Goh Mei IJM Land, sila layari https://seremban2.ijmland.com/

The post Perayaan Chap Goh Mei IJM Land Mendapat Sambutan Menggalakkan Dengan Anggaran 20,000 Pengunjung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*