Piala Asia 2023: Penting Buat Trio Pengadil Malaysia

piala asia 2023 nazmi

Piala Asia 2023: Penting Buat Trio Pengadil Malaysia

Pengadil bola sepak profesional negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua pembantunya dilaporkan selesai mengadili perlawanan Kumpulan D pada Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar, hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata Nazmi bersama penolong pengadilnya, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid membuat kemunculan pertama beraksi di tengah-tengah padang sebagai pengadil sejak Piala Asia 2023 bermula pada 12 Januari lalu.

Menurut FAM, saingan Piala Asia 2023 itu memainkan peranan penting untuk menilai prestasi mereka dalam melayakkan diri melepasi syarat secara merit bagi Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada masa akan datang.

“Pentas Piala Asia 2023 ini penting buat trio set pengadil dari Malaysia itu untuk mereka berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil yang bakal dipilih untuk beberapa siri kursus dan ujian iaitu ‘FIFA World Cup Candidate’ sebagai syarat pemilihan secara merit bagi Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

“Ketiga-tiga pengadil FIFA tersebut merupakan antara 35 pengadil dan 39 penolong pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan di sepanjang kempen Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Gambar: Football Association of Malaysia/Facebook

BACA: Pengadil Jepun Bakal Jadi Wanita Pertama Adili Piala Asia

Ketika perlawanan antara China dan Tajikistan yang berlangsung pada 13 Januari lepas, Nazmi telah ditugaskan sebagai pegawai keempat.

Kedudukannya sebagai pegawai keempat dikekalkan dalam perlawanan Iraq lawan Jepun pada 19 Januari lalu.

“Ia merupakan perlawanan sulung ketiga-tiga mereka beraksi di tengah padang sejak saingan Piala Asia 2023 bermula 12 Januari lalu selepas Nazmi ditugaskan sebagai pegawai keempat pada perlawanan China lwn Tajikistan (13 Januari) dan Iraq lawan Jepun (19 Januari 2024).

“Zairul diletakkan sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan China lwn Tajikistan manakala Arif sebagai penolong pengadil simpanan bagi perlawanan Iraq lawan Jepun,” ujarnya.

Difahamkan sebelum ini mereka bertiga telah mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 dengan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Sumber: Football Association of Malaysia/Facebook

The post Piala Asia 2023: Penting Buat Trio Pengadil Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*