Piala Asia 2023 Sedia Pecah Rekod Penyiaran 

Piala Asia 2023

Piala Asia 2023 Sedia Pecah Rekod Penyiaran 

DOHA, Jan 12 (Bernama) — Piala Asia 2023 bersedia untuk menjadi edisi dengan tontonan paling tinggi dalam sejarah kejohanan itu, pada ketika 24 negara terbaik akan memulakan cabaran masing-masing bermula hari ini sehingga 10 Feb.

Dengan sehingga 60 penyiar bersedia untuk menyiarkan aksi terbaik ke lebih 160 wilayah dan negara di seluruh dunia, ia menjadikan Piala Asia 2023 sebagai edisi yang paling banyak akan disiarkan dan diakses.

Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John berkata AFC telah pun menggariskan visi dan misi mereka, untuk memastikan bola sepak kekal sebagai sukan nombor satu benua itu dan menganjurkan pertandingan bertaraf dunia.

“Dalam setiap segi, penyiaran pertandingan sukan lelaki paling berprestij di sebanyak pasaran dan wilayah, yang mungkin menguatkan lagi cita-cita kami itu menjadi satu kenyataan dan membuktikan kedudukan Piala Asia yang semakin meningkat.

“Kami berterima kasih atas kepercayaan bahawa rakan penyiar dan media kami mempunyai kedudukan dalam bola sepak Asia, dan kami berharap untuk bekerjasama dengan kesemua mereka dalam memberikan pengalaman yang terbaik untuk peminat kami dan pihak berkepentingan yang dihargai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Polis Tahan Seorang Lelaki Berhubung Kes Lontar Molotov Cocktail Ke Rumah Ngeh

Qatar selaku tuan rumah akan berhadapan Lubnan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Lusail, yang juga merupakan venue perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Perancis.

Dalam satu kenyataan lain, AFC mengesahkan bahawa Yoshimi Yamashita dari Jepun, akan mencatatkan sejarah menjadi pengadil wanita pertama dalam satu perlawanan pada sebuah kejohanan perdana, apabila beliau mengendalikan perlawanan Kumpulan B antara Australia dan India, di Stadium Ahmad bin Ali di sini esok (13 Jan).

Yamashita merupakan salah seorang daripada lima pegawai perlawanan yang terlibat dalam edisi ke-18 Piala Asia 2023.

Wanita berusia 37 tahun itu merupakan pengadil bola sepak profesional pertama dari Jepun, memperolehi lesen FIFAnya pada 2015.

Beliau yang berasal dari Tokyo itu juga, merupakan wanita pertama untuk mengadili perlawanan Liga J1 pada September 2022 dan seorang daripada enam pegawai perlawanan wanita di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Beliau juga telah mengadili perlawanan pembukaan pada Piala Dunia Wanita Australia & New Zealand 2023, baru-baru ini.

Sumber: BERNAMA

The post Piala Asia 2023 Sedia Pecah Rekod Penyiaran  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*