Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan Batal Rancangan Lawatan Ke Israel

Presiden Turkiye Batal Rancangan Lawatan Ke Israel

Presiden Turkiye Batal Rancangan Lawatan Ke Israel

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu memalukam bahawa beliau telah membatalkan rancangan untuk melawat Israel susulan konflik Gaza yang berterusan ketika ini.

Beliau berkata sedemikian ketika berada di dalam mesyuarat Parti Pembangunan dan Keadilan (AK) di Ankara, lapor Anadolu Agency (AA).

Erdogan berkata, beliau pada asalnya mempunyai rancangan untuk melawat Israel namun mengubah fikiran selepas ketegangan yang meletus bermula 7 Oktober lepas.

Katanya lagi, Turkiye tidak mempunyai sebarang masalah dengan Israel, namun sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Tel Aviv ketika ini.

BACA: Penting Bila Bawa Budak, Ini Cara Nak ‘Hidupkan’ Fungsi Child Safety Lock

Tambahnya, Israel sepatutnya tahu bahawa Turkiye merupakan satu-satunya rantau yang tidak mempunyai sebarang unsur antisemitik untuk berkurun-kurun lamanya.

Perkara ini merujuk bagaimana rakyat negara tersebut menerima kehadiran bangsa Yahudi yang diusir dari negara-negara lain sewaktu Perang Dunia Kedua.

Erdogan turut menegaskan bahawa hampir separuh daripada warga Gaza yang terkorban dalam operasi Israel ke atas wilayah itu setakat ini adalah kanak-kanak.

Beliau seterusnya berkata ia menunjukkan tindakan tersebut “sebagai satu jenayah kemanusiaan”.

“Kamu tidak akan jumpa mana-mana pihak yang berterusan melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan ini dengan senjata, kereta kebal dan meriam-meriam mereka,” katanya lagi.

Konflik Israel-Gaza telah berlanjutan sejak 7 Oktober

BACA: “Kami Dilayan Dengan Baik, Diberi Makan & Ubat”, Wanita Israel Dedah Pengalaman Jadi Tawanan

Menurut laporan AA, hampir 7,200 orang telah terbunuh dalam konflik ini. Angka korban ini termasuklah sekurang-kurangnya 5,791 warga Palestin dan 1,400 warga Israel.

Pada masa ini, seramai 2.3 juta penduduk Gaza sedang berdepan dengan masalah kekurangan sumber makanan, minuman, perubatan dan bahan api.

Hal ini susulan tindakan Isreal menyekat bekalan elektrik dan air kepada wilayah tersebut, menyebabkan semua penduduk berdepan dengan krisis.

Beberapa hari lepas, puluhan konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan akhirnya mendapat kebenaran untuk menuju ke Gaza.

BACA: Apa Beza “Decline/Accept” Dengan “Slide To Answer” Di Iphone Bila Panggilan Masuk? Ini Jawapannya

Sumber: Anadolu Agency

The post Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan Batal Rancangan Lawatan Ke Israel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*