Proses Jualan Berlarutan, Ratcliffe Masih Berminat Beli Man United

Ratcliffe beli United

Proses Jualan Berlarutan, Ratcliffe Masih Berminat Beli Man United

MANCHESTER — Jutawan Britain, Jim Ratcliffe menyatakan masih berminat untuk mengambil alih Manchester United susulan proses jualan kelab dari England itu masih berlarutan.

Memetik AFP, Ratcliffe, pengasas gergasi bahan kimia INEOS merupakan salah satu daripada dua calon utama untuk mengambil alih Red Devils bersama-sama jutawan dari Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani.

Gambar: Valery HACHE

“Saya mempunyai tawaran yang baik. Saya telah bertemu Glazers beberapa kali dan mempunyai perbualan yang baik tetapi pada penghujung hari itu adalah keputusan mereka.

“Saya masih sangat berminat mendapatkan United. Saya juga percaya bahawa kami akan melakukan kerja yang baik dan melakukannya atas sebab yang betul.

“Kami sentiasa memberi tumpuan kepadanya,” kata Ratcliffe sewaktu pelancaran buku pada hari ini.

Sementara itu, Sheikh Jassim dalam bidaannya telah berjanji untuk memadamkan hutang United berjumlah £970 juta (RM5.7 bilion) dan mengawal 100 peratus kelab itu.

Sebaliknya, Ratcliffe dalam bidaan yang dibuat berusaha untuk mengambi alih saham The Red Devils kurang 100 peratus. Dalam masa yang sama perkara ini membolehkan Pengerusi Eksekutif bersama United, Joel dan Avram Glazer  masik memiliki sebahagian kecil pemilikan United.

Ratcliffe Masih Berminat Beli United

Jelas jutawan dari Britain itu yang juga peminat United sejak kecil, beliau memberitahu tidak akan mengambil keuntungan sewaktu mengendalikan kelab itu.

BACA JUGA: Peminat Setia Man United, Kenali Sheikh Jassim

“Mereka tidak lagi menjadikan Manchester United seperti mereka.

“Ia seperti seni atau kawasan apabila kamu mempunyai perkara istimewa dan nilainya terus meningkat dari masa ke masa kerana ia sangat istimewa dan jarang berlaku.

“Saya tidak suka membazirkan wang atau kehilangan wang. Perkara itu sama sekali tidak menggembirakan saya.

“Tetapi saya masih belum memilikinya untuk menjana wang daripadanya. Jika ia adalah aset betul-betul bagus. Tentu ia akan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Gambar: AFP

Tambah Ratcliffe, dia turut menolak sebarang cadangan INEOS boleh diserahkan hak penamaan kepada Old Trafford

Peminat Mahu Pemilik Baharu Diumumkan Sebelum Musim Baharu Bermula

Meskipun proses bidaan telah melepasi tiga fasa, namun proses pemilikan masih belum ada kata putus daripada pemilik United itu. Perkara ini membuatkan peminat kecewa ekoran keputusan ini belum dinoktahkan sebelum musim baharu bermula.

Pemilik United, keluarga Glazer difahamkan meletakkan kelab itu pada tanda harga £6 bilion (RM35.5 bilion) dengan Kumpulan Bank Amerika Raine bertindak sebagai penyelia bidaan tersebut.

Kurang Disenangi Peminat

Terdahulu. Glazer yang dihujani dengan pelbagai kecaman daripada peminat kelab itu kelihatan bersedia untuk melepaskan United pada November 2022. Apatah lagi kelab itu kini dibebani dengan hutang.

Untuk makluman, pada 2005, Glazers telah membeli kelab tersebut dengan nilai £790 juta (RM4.6 bilion).

Sumber: AFP

The post Proses Jualan Berlarutan, Ratcliffe Masih Berminat Beli Man United appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*