Putin Dakwa Perang Dunia 3 Sedang Berlaku

putin perang dunia 3

Putin Dakwa Perang Dunia 3 Sedang Berlaku

Baru-baru ini, Presiden Rusia Vladimir Putin membuat dakwaan bahawa Perang Dunia 3 sedang berlaku pada ketika ini di tengah-tengah perang Ukraine dan konflik Palestin, lapor CNN Indonesia.

Menjelaskan tentang dakwaan itu, ahli akademik Universiti Eropah Tengah Alexander Etkind mengatakan keyakinan Putin tidak boleh disangkal ekoran situasi dan sumber yang Rusia miliki pada ketika ini.

Etkind berkata Rusia dianggap lebih bersedia berbanding negara lain susulan mempercayai dunia sedang mengalami Perang Dunia 3.

“Mereka yang berada di Kremlin percaya bahawa Perang Dunia 3 sedang berlangsung dan mereka lebih bersedia daripada negara lain.

“(Situasi) ini memberi mereka banyak keseronokan. Kehidupan mereka kembali bermakna,” kata Etkind seperti dilaporkan AFP pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut tentang keyakinan Putin, sesetengah ahli akademik dan pakar politik menilai Presiden Rusia itu sememangnya menggunakan kepercayaan diri dan pendiriannya dalam mengawal selia negaranya.

Perkara itu dapat dilihat apabila Rusia menyelesaikan masalahnya secara perlahan-lahan tanpa disedari negara-negara lain.

Sebagai contoh terdekat, Rusia menghentikan serangan balas Ukraine supaya ia dapat kembalikan semula kepada posisi asal mereka.

Kemudian, masalah minyak Rusia juga pulih di tengah-tengah pergelutan dalam mengelakkan sekatan daripada Barat.

BACA: Putin Mungkin Akan Ditahan Jika Lawat Afrika Selatan

Penyelidik Kanan Rusia dan Eurasia dari Institut Kajian Strategik Antarabangsa Nigel Gould-Davies berkata Putin kini kelihatan lebih yakin apabila menyatakan pendirian dan langkahnya.

“Putin bercakap dengan lebih yakin sekarang berbanding sebelumnya sejak perang bermula,” katanya.

Difahamkan juga, Putin akan melawat Emiriah Bersatu (UAE) dan Arab Saudi ketika konflik di Timur Tengah khususnya pencerobohan Israel terhadap Palestin semakin berleluasa.

Lawatan itu juga dilihat sebagai menekankan pendirian Rusia terhadap usaha Barat untuk campur tangan dalam konflik di Timur Tengah.

Putin malah menggesa kemerdekaan Palestin sebagai satu-satunya penyelesaian terbaik untuk menamatkan konflik berulang antara Israel dan Hamas.

Sumber: CNN Indonesia

BACA JUGA: Putin Dilapor Mahu Guna Tentera Teknologi Tinggi AI, Tapi..

The post Putin Dakwa Perang Dunia 3 Sedang Berlaku appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*