“Kena Scam Ke…”, Ingat Asli, Tular Video Didakwa Cara Buat Kacang Gajus ‘Copy Ori’

kacang gajus copy ori

“Kena Scam Ke…”, Ingat Asli, Tular Video Didakwa Cara Buat Kacang Gajus ‘Copy Ori’

Ketika kehangatan bulan Ramadan masih dapat dirasai, kita turut bersemangat untuk melakukan persiapan menghadapi bulan seterusnya, iaitu Syawal.

Selain kelengkapan perkakas dan hiasan rumah, kita juga akan mencari juadah istimewa untuk disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Antara juadah yang sinonim dan sering diletakkan di atas meja kopi ialah aneka kuih raya. Terdapat pelbagai jenis kuih raya yang hanya eksklusif untuk bulan Syawal.

Jika anda menggemari kuih raya yang bersifat klasik, sudah semestinya kuih bangkit, batang buruk dan bahulu menjadi pilihan utama.

Kalau citarasa anda lebih ke arah kontemporari dan moden, cornflakes madu, almond london, chocolate chips antara yang dicari- cari.

Namun begitu, ada juga yang menggemari kuih raya yang bersifat tidak ‘mainstream‘ dan pasti tersenyum lebar apabila ada tuan rumah yang menghidangkannya kepada anda.

Biskut kacang gajus atau bahasa Inggerisnya ‘Cashew Nut Cookies’ merupakan salah satu kuih raya ‘rare’ ketika sambutan hari raya.

Hal ini disebabkan, tidak semua orang dapat menikmatinya kerana menghidapi alahan terhadap kekacang dan sebagainya.

Oleh itu, kuih raya berasaskan kacang jarang dihidangkan kepada tetamu bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Bagi peminat kuih ini, rata-ratanya merupakan peminat kekacang. Salah satu misteri kacang gajus ini, kenapa kacang gajus yang terdapat pada kebanyakan kuih kacang gajus rasanya agak berlainan daripada kacang gajus asli?

Adakah faktor pembakaran kuih tersebut yang meyebabkan kacang gajus diatasnya berubah rasa?

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang didakwa cara pembuatan kacang gajus ”copy ori”. Dalam respon awal di perkongsian video berkenaan, ramai tidak menyangka mereka selama ini telah ‘discam’.

Penggemar kuih ini telah di’scam’ dengan kacang gajus ‘copy ori’ selama ini

Pada awal video tersebut, terdapat seorang pekerja yang menguli adunan doh dan menekapkan acuan berbentuk kacang tersebut.

Langkah ini diulang sehinggalah adunan doh tersebut habis digunakan.

Seterusnya, kacang gajus ‘copy ori’ tersebut digoreng di dalam minyak yang panas sehingga bertukar warna menyerupai kacang gajus sebenar.

@jutawancheras

♬ Misteri – ARLAVH

 

Secara logiknya, harga kacang gajus di pasaran terlalu tinggi kerana sepaket kacang gajus panggang (40 g) sahaja sudah mencecah belasan ringgit. Jadi, mungkin ada beberapa pihak menemui jalan bagaimana mahu menghasilkan kacang gajus tiruan ini.

Begitupun, ada beberapa pengguna manafikan bahawa itu merupakan proses pembuatan kacang gajus tiruan. Sebaliknya mereka berkata video berkenaan menunjukkan penghasilan satu jenis kuih.

Menurut Business Insider, kacang gajus merupakan antara kekacang termahal di dunia disebabkan faktor penyediaannya.

Hal ini disebabkan, kacang tersebut terlalu berbahaya untuk disentuh dan dimakan sebelum diproses.

Kacang gajus perlu dikeluarkan daripada kulitnya yang mengandungi toksik secara berhati-hati dan diekstrak selama beberapa hari.

BACA: Ringgit Ditutup Rendah Petang Tadi, RM 4.41 Berbanding Dolar 

Sumber: jutawancheras via TikTok

The post “Kena Scam Ke…”, Ingat Asli, Tular Video Didakwa Cara Buat Kacang Gajus ‘Copy Ori’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*